Thursday, December 31, 2009

Lagi Berita Hangat tentang Emas - PG Digest

Assalamualaikum...buat semua saudagar, pemilik, peminat, pembeli atau pemerhati emas dan dinar. Sedikit info tanggal 31 Disember 2009 yang boleh kita kongsi bersama di saat-saat akhir tirai 2009 diturunkan. Adalah diharapkan 2010 tahun yang lebih menarik buat peminat-peminat emas sedunia.

1. Emas terus menjadi aset terhangat dewasa ini dengan trend kenaikan harga berganda. Berdasarkan kenaikan mendadak emas sehingga USD1200/Oz dan berlegar sekitar USD1100/Oz pada Disember 2009, emas terus menjadi aset terhangat di Bandaraya Dubai. Bandaraya Dubai amat terkenal dengan jolokan "City of Gold" atau bandaraya emas. "Di sini ialah tempat pertemuan pelbagai bentuk emas sama ada daripada timur atau barat yang memberikan banyak pilihan kepada peminat emas"kata seorang saudagar. Seorang pelabur meramalkan harga emas akan naik sekitar USD1350/Oz pada suku pertama tahun 2010, boleh mencecah USD1800/Oz pada akhir tahun 2010 dan dijangka mencecah USD3000/Oz dalam tempoh 3 ke 5 tahun akan datang.

2. Menurut laporan CommodityOnline, logam kuning terus memberikan sinar keceriaan kepada Ghana dalam era abad ke-21 ini. Ghana, sebuah negara di barat Afrika bersedia mengeluarkan emas sebanyak 100000 oz setahun. Banyak syarikat daripada Australia, Kanada dan pelbagai negara lain berminat melabur di Ghana untuk mengeluarkan emas.

3. Daripada data World Gold Council (WGC), China menjadi negara pembeli emas terbesar dalam tahun 2009. China menambah simpanan emas sebanyak 454 tan metrik menjadikan jumlah simpanan emas di bank pusat sebanyak 1,054 tan metrik. Selain China, Russia dan India juga banyak membeli stok emas yang banyak tahun 2009.

4. China Economic Net melaporkan penduduk Beijing merebut peluang membeli emas sempena jualan promosi akhir tahun 2009. Penduduk Beijing bimbang keadaan inflasi akan bertambah buruk sekitar tahun 2010. Seorang konsultan ekonomi memberi pandangan; lebih selamat menyimpan emas dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ini.

Semoga coretan alfaaizy kali ini memberikan kita sedikit keinsafan tentang pesanan Nabi Muhammad SAW akan peri pentingnya simpanan emas dan dinar.

Tuesday, December 29, 2009

Buletin Emas Sedunia

28 Disember 2009
Sumber: Artikel Semasa Public Gold

1. CommodityOnline melaporkan negara India adalah pengimport terbesar emas dan perak. Ini menunjukkan negara India amat prihatin tentang keadaan ekonomi sedunia. Baru-baru ini, India telah membeli 200 tan metrik emas sebagai rizab simpanan negara.

2. Menurut laporan China Daily pula, rakyat China berebut-rebut untuk membeli emas sempena musim perayaan Krismas dan sambutan tahun bari 2010. Dalam berita yang lain ada menyebutkan, pemerintah negara China menggalakkan rakyatnya menyimpan 5% daripada pendapatan bulanan dalam simpanan emas.

3. Emas memberikan senyuman kepada bank-bank pusat sedunia kesan daripada kejatuhan nilai dolar US. Antara negara yang banyak membeli emas tahun ini ialah China, Russia dan India. Namun, ada juga negara-negara kecil yang mempunyai kesedaran merizab emas termasuklah Filipina, Kazakhstan, Sri Lanka, Belarus dan Mexico. Dolar USD yang sebelum ini menjadi penyimpan nilai banyak negara semakin jatuh kesan daripada bebanan hutang US dan trend inflasi yang semakin meningkat.

So, ayuh kita sama-sama mengorak langkah, mengubah fikrah, mencipta sejarah, tercetus an-najah dalam simpanan emas fizikal. Tak boleh mula banyak, mulakan dengan 1 dinar atau 20 gram. Nilai emas semakin naik, tak rugi simpanan kita dalam emas fizikal...jumpa lagi bersama alfaaizy.

Monday, December 28, 2009

Haram Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan Perak

Salamullah...sambil-sambil kita berbicara tentang emas dan dinar, hari ni alfaaizy ingin berkongsi maklumat tentang hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Manalah tahukan...dengan takdir Allah kita untung berniaga emas dan perak ni, kita kena ingat juga pasal hukum hakam agama yang memandu kehidupan kita.

Sumber rujukan:
Kitab Riyadh as-Solihin
Muka surat 524
Bab ke-364: Hukum Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan Perak
Terbitan Maktabah al-Mujallad al-Arabi

1. Kitab ini dikarang oleh Imam Nawawi yang mana beliau memetik daripada sabda-sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sahih dari segi sanad dan matannya.

2. Hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak adalah HARAM sama ada dengan tujuan untuk bekas makanan, minuman, bersuci dan sebarang tujuan yang lain.

3. Hukum ini bersandarkan hadith-hadith berikut:
  • Daripada Ummu Salamah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang minum di dalam bekas daripada perak maka dicampak ke dalam perutnya api neraka". (Muttafaqun alaih)
  • Daripada Huzaifah RA telah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami daripada memakai sutera kasar, sutera mahal dan minum di dalam bekas daripada emas dan perak. Baginda bersabda: "Sesungguhnya bekas itu bagi mereka (orang kafir) di dunia, dan bekas itu bagi kamu (orang mukmin) di akhirat". (Muttafaqun alaih)
  • Daripada Anas Bin Sirin telah berkata: Aku bersama Anas Bin Malik RA di kalangan beberapa orang Majusi (Kristian), kemudian dihidangkan faluzaj (sejenis manisan) di dalam bekas perak, beliau tidak memakannya, maka dikata kepadanya: tukarkanlah bekas, maka ditukarnya kepada bekas daripada kaca. Kemudian dihidangkannya dan beliau memakannya. (Riwayat al-Baihaqi dengan sanad Hasan)

4. Semoga titipan mutiara-mutiara indah daripada Rasulullah yang dinukilkan di sini dapat memberi manfaat yang baik untuk kita bersama...wassalam.

Friday, December 25, 2009

Emas & Dinar: Kita Dipermainkan Kuffar Lagi?

Salam bicara mengukir kata, terdetik di minda terungkap di skrin maya...alfaaizy bisa berbicara apabila tercurah idea...

1. Kalimah az-zahab adalah kalimah arab yang bermaksud emas. Dalam al-Quran terungkap beberapa kali menunjukkan emas mempunyai nilai yang tersendiri. Dari segi penciptaannya juga adalah suatu yang amat unik kerana ia adalah suatu logam yang tidak bersatu dengan unsur lain.

2. Sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniah, kuasa-kuasa kuffar telah menjalankan agenda menyesatkan dan menghancurkan Islam dan umatnya. Salah satu daripadanya ialah dengan memperkenalkan penggunaan wang kertas sebagai medium pertukaran. Sedangkan wang emas dan wang perak telah wujud sebelum kedatangan Islam. Kemudian Nabi Muhammad SAW memperakui akan nilai emas dan perak sebagai matawang.

3. Renungkan kembali, orang kafir ajar kita dan biasakan kita melihat angka yang banyak. Tak kiralah berapa angka yang kita ada atau yang tercetak di buku bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Berapa? RM10,000 @ RM100,000 @ 1,000,000. Huh!!! Banyaknya angka. Sehinggakan kita lupa walaupun banyak angka tapi tak sama dengan nilainya.

4. Saranan demi saranan, baik daripada Tun Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahupun pemimpin-pemimpin Islam yang lain amat menggalakkan penggunaan emas sebagai aset dan dinar sebagai medium pertukaran antara negara-negara Islam. Tapi apa yang terjadi? Alangkah baiknya negara Islam menggunakan dinar emas sebagai medium pertukaran. Secara tidak langsung, dapat menjalinkan kesepaduan umat Islam seantero dunia. Barulah barat akan gerun melihat kesepaduan yang sedia wujud.

5. Sedarkah kita, kuasa barat sentiasa mempermainkan kita dengan wang kertas. Simpanlah dalam Dolar, Pound atau apa matawang pun. Tetapi dalam diam, kuasa barat terus-terusan menyimpan emas sebagai aset negara sebagai jaminan kekuatan ekonomi negara masing-masing. Yang sedihnya, dalam ranking 10 negara penyimpan emas dunia terbanyak, tiada satu pun tersenarai negara Islam.

6. Daripada digest Public Gold bertarikh 21 Disember 2009 menyatakan Russia terus menambah aset simpanan emas. Selain itu, pemimpin negara mereka juga menggalakkan rakyatnya menyimpan dalam emas. Mari kita lihat negara penyimpan emas terbanyak di dunia sebagai CABARAN KITA BERSAMA.

Amerika Syarikat dengan 8133 tan simpanan emas.
German dengan 3412.6 tan simpanan emas.
IMF dengan 3217 tan simpanan emas.
Perancis dengan 2508 tan simpanan emas.
Itali dengan 2451.8 tan simpanan emas.
China dengan 1054 tan simpanan emas.
Switzerland dengan 1040 tan simpanan emas.
Russia dengan 612.74 tan selepas pembelian emas simpanan.
India dengan 557 tan selepas membeli emas 200 tan daripada IMF baru-baru ni.

MALAYSIA??? Bagaimana??? Daripada maklumat yang saya baca Tun Mahathir dan Tun Abdullah pun banyak menyimpan dalam emas sebagai aset simpanan. So, apa yang kita buat? Masih seronok melihat akaun kita banyak angka atau seronok apabila harga emas semakin naik? Anta fikirlah sendiri!!!

Berita Menarik Tentang Emas

1. Matawang fiat terus susut nilai, emas dan perak suatu matawang yang baru. -CommodityOnline

2. Mali, negara pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika akan mengeluarkan emas sebanyak 52.4 tan pada tahun 2010. -ShareNet

3. Bank Pusat Russia mengesahkan pembelian emas bernilai $1 bilion. -MineWeb

4. Nilai simpanan emas Russia $22.979 bilion, 58.1% kenaikan nilai berbanding 1 Januari 2009. -CommodityOnline

5. Harga emas akan meningkat sehingga USD1400/Oz - USD1450/Oz tahun depan. -Financial Post

Sunday, December 20, 2009

Bila Nak Mencecah USD2500/Oz?

Tinta alfaaizy terus mengukir bicara...

1. Persoalan yang sering bermain dalam fikiran kebanyakan pelabur-pelabur emas adalah bila harga emas nak naik lagi. Setelah 3 minggu berturut-turut harganya turun dengan mendadak.

2. Susah nak jawab soalan yang berada di luar akal fikiran kita. Ramalan sering kali mendatangi kita tetapi ianya bukanlah suatu pegangan yang kuat.

3. Ada yang berkata, "Alangkah baiknya harga emas naik dan terus naik seperti yang berlaku daripada bulan Oktober sehingga 4 Disember 2009. Emas naik dengan tak disangka-sangka.

4. Cuba bayangkan, harga emas pada 1 Januari 2009 baru bernilai USD869/Oz kemudian naik sehingga USD1226/Oz. Harga tertinggi setakat ini. Maka beruntunglah pelabur-pelabur yang telah tersedar daripada awal lagi.

5. Bagi pelabur-pelabur baru, jangan pula kata ini satu peleburan bukan pelaburan. Sebenarnya inilah yang dikatakan peluang yang datang. Sekiranya masih ada modal teruskan beli emas atau boleh belajar gadai ar-Rahnu untuk pusingan modal. Setahu saya, bagi pemilik emas tak akan rugi sama sekali sama ada beli emas masa tinggi atau rendah.

6. Dalam catatan jutawan emas En. Syukor Hasyim www.jutawanemas.com telah menyatakan banyak kebaikan menyimpan dalam emas fizikal. Secara tak langsung simpanan kita telah melalui proses pelaburan. Beliau seorang yang pakar dalam ilmu emas dan merupakan penyampai ilmu emas untuk kesedaran umat Islam.

7. Konklusi tinta saya kali ini, tingkatkan pengetahuan teruskan usaha dalam kerja-kerja kita bagi menyedarkan orang kita tentang EMAS DAN DINAR SEBAGAI PENYIMPAN NILAI YANG SEBENAR BUKANNYA RM DAN SEBAGAINYA.

Friday, December 18, 2009

Emas dalam Proses Melonjak Harga

alfaaizy terus berbicara...

1. Harga emas telah melonjak setinggi USD1226/Oz pada tanggal 3-4 Disember 2009. Namun, selepas tarikh tersebut harga emas telah turun dengan mendadak sehingga USD1109/Oz. Dengan perbezaan yang amat ketara sebanyak USD117/OZ. Kalau ditukar pada RM sebanyak RM397.80.

2. Dengan perbezaan yang amat ketara ini, sedikit sebanyak telah merisaukan pelabur terutamanya pelabur baru. Namun, bagi pelabur yang telah establish pun boleh dikatakan agak risau.

3. Sehingga nukilan ini dicatatkan harganya masih tidak menentu. Seingat saya, kelmarin harga emas telah kembali melonjak setinggi USD1139/Oz. Sekali sekala mencecah USD1142/Oz. Tatkala hari ini harganya telah kembali menurun serendah USD1109/Oz.

4. Daripada pembacaan dan penelitian yang saya buat, emas akan melalui satu proses yang dinamakan correction price atau correction market sebelum harga emas kembali melonjak. Jadi, boleh kita simpulkan di sini emas still berada dalam tempoh tersebut. Lama mana tidak pasti.

5. Walaupun harga emas telah naik setinggi 37% sepanjang awal tahun. Namun, bermula awal Disember 2009 harga mulai menurun sedikit.

6. Ada yang berpendapat emas akan kembali melonjak selepas Krismas. Tapi sejauh mana rasionalnya belum dapat dipastikan lagi.

7. Ada juga yang berpendapat emas menurun disebabkan pengukuhan nilai Dolar AS disebabkan krisis yang berlaku di Dubai. Satu analisis daripada bacaan ekonomi sedunia. Mungkin ada kebenarannya.

8. Kebanyakan pakar-pakar emas meramalkan emas boleh mencecah USD2500/Oz. Tinggi tu. Ada yang meramalkan emas setinggi USD15000/Oz dan banyak lagi ramalan-ramalan yang dibuat. Tapi bagi penulis itu tidak mustahil berlaku. Kerana dalam keadaan ekonomi semasa yag tidak stabil di serata negara di dunia. Pengangguran yang meningkat. Peningkatan kadar inflasi yang kian meninggi dan pelbagai masalah yang di luar batasan akal manusia. Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya.

9. Apapun yang berlaku pada harga emas sama ada naik atau turun. Yang pastinya kita mestilah kembali menjadikan emas sebagai satu alternatif simpanan sebagai pelindung aset kita. Tak kisahlah dalam bentuk jongkong emas atau pun dinar.

10. Sekiranya kedapatan catatan yang saya buat ada kekurangan, bolehlah dimaklumkan pada saya. Ini hanya suatu catatan daripada seorang pelabur baru yang masih memerlukan banyak pengetahuan dan pengalaman.

Salam Maal Hijrah 1431 buat semua sahabat, saudagar, pelabur dan jutawan emas. Berusaha dan terus berjaya memartabatkan LOGAM MULIA & MATAWANG ISLAM.

Dinar Emas - Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohammad

alfaaizy tertarik pada satu artikel yang amat baik untuk diteliti buat sahabat-sahabat emas dan dinar sebagai pemangkin asas ilmu yang kuat dalam pelaburan emas ini.

DINAR EMAS - PANDANGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

sumber :-http://chedet.co.cc/

Thursday, December 17, 2009

Muharram 1431 Hijrah: Dekatkan Diri pada Ilahi

alfaaizy terus berbicara...tapi untuk kali ini bukan tentang emas tapi suatu peringatan buat kita semua. Sahabat-sahabat emas & dinar sekalian, hari ini adalah hari terakhir kita di tahun 1430 Hijrah kerana esok akan menjelma tahun baru Muharram 1431 Hijrah. Tahniah buat sahabat-sahabat emas yang telah menjadikan emas & dinar sebagai simpanan sepertimana yang disyorkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun, tugas kita belum selesai...apa yang perlu lagi kita buat ialah terus berusaha menyebarluaskan tentang pentingnya simpanan dalam bentuk emas kepada seluruh umat Islam.

Bersama ini, saya selitkan doa akhir dan awal tahun untuk kita baca pada petang dan malam ini. Sebagai perkongsian ilmu...sesetengahnya menolak daripada membaca doa akhir dan awal tahun kerana ia dikatakan bid'ah. Tetapi setakat yang saya belajar dan jika kita teliti pada doa tersebut alangkah baiknya doa ini kita amalkan kerana kita memohon taubat daripada Allah dan memohon dijauhkan daripada gangguan syaitan dan iblis...Wallahua'lam.

Doa Akhir TahunSegala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Doa Awal Tahun
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari segala kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Tuesday, December 15, 2009

Emas & Dinar : Suatu Penilaian di Kala Harga Menjunam

alfaaizy berbicara lagi...sejak kebelakangan ini kebanyakan daripada penyimpan-penyimpan emas mulai resah gelisah. Lebih-lebih lagi bagi pelabur-pelabur baru yang kebanyakannya membeli emas di kala harganya melambung tinggi. Mungkin bagi yang membeli emas sekitar tanggal November 2009 sehingga 4 Disember 2009 dah mula mengeluh disebabkan penurunan harga emas secara mendadak.

Apabila harga emas menjunam serendah USD1100/Oz berbanding USD1200/Oz sudah tentulah perbezaan harga yang amat ketara. Sebab itulah terdetik di hati saya untuk membuat catatan ini sebagai perkongsian ilmu kita bersama.

Seingat sayalah...baik kita tanya balik pada diri kita apa tujuan kita membeli emas @ dinar. Sudah banyak coretan tentang kepentingan emas dalam kehidupan kita tetapi saya nak ulaskan dari suatu sudut yang lain, supaya minda kita lebih terbuka tentang PELABURAN DALAM SIMPANAN ini.

Fikirkan kembali!!!
  • Beli emas untuk apa?
  • Adakah emas masih dalam simpanan kita?
  • Adakah aku ada ilmu tentang emas?
  • Boleh untungkah aku dengan simpan emas bila harga jatuh?
  • "Masa Ibarat Emas"?

Kalau belum dapat kupaskan...biar saya tolong siat-siatkan kulitnya supaya mudah kita sama-sama makan dengan tenang...

  • Ingat kembali tujuan kita beli emas sebagai simpanan tetap kita. Kalau simpan dalam wang fiat sure you all dah tahu apa kesannya pada simpanan kita.
  • Ya...harganya naik ka turun ka...emas masih dalam genggaman kita. Kalau beli 50gram sure tetap ada 50gram. Adakah sama nilai RM1 dulu dengan RM1 sekarang. Dulu RM1 bawa pi sekolah dah jadi orang kaya, tapi kalu sekarang buat beli air dengan makanan ringan saja.
  • Bila harga jatuh...baru kita sedar kita kurang ilmu...dan ilmu ALLAH amat luas. So, kita dalam pelaburan emas ini kenalah dalami ilmu-ilmu emas. Baca dan fahamkan bukan baca dan pamkan!!! Renung-renungkan!!!
  • Pikiaq tak pakai akai memang rugi!!! Tapi fikirlah dengan akal yang waras dan bijaksana, anda tidak akan merasa rugi dengan pembelian emas anda. Kan kita dah tahu EMAS ITU BERHARGA...so apa nak heran!!!
  • Seingat saya kata-kata "Masa Ibarat Emas" adalah Hadith Rasulullah. Nanti saya semak semula...apapun ingat kembali tatkala kita menunggu harga emas itu naik atau turun, adakah nilai @ harga emas akan menunggu kita...Memang benar kata-kata tersebut.

Bersama kita renungkan dan bersama kita mengambil pengajaran. Ingatlah!!! Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia...salamullah daripada alfaaizy

Sunday, December 13, 2009

Hebahan Seminar Pelaburan Emas

Schedule of Public Gold Seminar:
Day Date Time Town Venue

Sat 19.12.09 8pm-10pm Sungai Petani Park Avenue Hotel
Sun 20.12.09 8pm-10pm Butterworth Pearl View Hotel
Sat 26.12.09 8pm-10pm Kota Bahru Grand Riverview Hotel
Sun 27.12.09 8pm-10pm Kuala Terengganu Ming Star Hotel
Sat 02.01.10 8pm-10pm Johor Bahru J. A. Residence Hotel

Details of Venue:
• Park Avenue Hotel
Jati room,Level 2
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

• Pearl View Hotel
Pearl 6 (Level 5)
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

• Grand Riverview Hotel
Dewan Congkak (1stFloor)
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

• Ming Star Hotel
Dewan Tanjung 2 – Level 1
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

• J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
Hall J.A. Residence
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

Friday, December 11, 2009

Analisis Pergerakan Harga Emas 2000-2009

alfaaizy berbicara lagi... terdetik di hati ingin melihat pergerakan harga emas dari dulu sampai sekarang. Bukan apa...saya lebih suka buat sesuatu dengan pengetahuan yang jelas supaya kita lebih bijak dalam menjalankan aktiviti pelaburan emas ini. Memang ada tercatat dalam blog rakan-rakan emas tetapi lebih menumpukan pada kenaikan pada 2007-2009.

Mulanya saya cari maklumat kat
http://www.kitco.com/ sepertimana yang disarankan. Namun, mungkin terlalu ramai yang menggunakan khidmat kitco so surfing jadi lambat. Kemudian, saya cuba cari maklumat bersumberkan http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg alhamdulillah pencarian yang mudah untuk dapat maklumat tersebut. Siap boleh dapat setiap hari dari tahun 1969 lagi. Tak percaya??? Rujuk web tersebut untuk informasi kita bersama.

Di sini saya cuma catatkan pergerakan harga emas pada awal dan akhir tahun untuk memudahkan kita membuat perbandingan kenaikan harga emas dari tahun 2000-2009.

Harga adalah berdasarkan US Dolar/Ounce (Oz)
1 Oz bersamaan 31.1 gram
***So cuba convertkan kepada RM

4 Jan 2000 ---282.05 ---)) 29 Dis 2000 ---272.65
2 Jan 2001 ---272.80 ---)) 31 Dis 2001 ---276.50
2 Jan 2002 ---278.10 ---)) 31 Dis 2002 ---342.75
2 Jan 2003 ---342.20 ---)) 31 Dis 2003 ---417.25
2 Jan 2004 ---415.20 ---)) 31 Dis 2004 ---438.00
4 Jan 2005 ---426.80 ---)) 30 Dis 2005 ---513.00
3 Jan 2006 ---520.75 ---)) 29 Dis 2006 ---635.70
2 Jan 2007 ---640.75 ---)) 31 Dis 2007 ---836.30
2 Jan 2008 ---840.75 ---)) 31 Dis 2008 ---865.00
2 Jan 2009 ---869.75 ---)) 31 Dis 2009 *Belum ending lagi

ANALISIS PERGERAKAN HARGA EMAS SEPANJANG 2009

2 Jan 2009 ---869.75
2 Feb 2009 ---913.75
2 Mac 2009 ---949.50
1 Apr 2009 ---919.50
1 Mei 2009 ---881.50
1 Jun 2009 ---987.00
1 Jul 2009 ---931.50
3 Ogo 2009 ---954.25
1 Sep 2009 ---949.75
1 Okt 2009 ---1005.75
2 Nov 2009 ---1052.00
1 Dis 2009 ---1193.50

***Pergerakan ketara sepanjang 2009
***Harga paling tinggi pada 3 Dis 2009 sekitar USD1200/Oz
***Harga emas akan meningkat dari semasa ke semasa disebabkan kejatuhan nilai USD

Semoga dengan sedikit analisis yang dibuat dapat meningkatkan pengetahuan kita bersama dalam menjalankan aktiviti perniagaan emas ini. Kembalikan kegemilangan emas & dinar sepertimana yang diperintahkan Allah dan RasulNya.

Thursday, December 10, 2009

Emas : Luasnya Ilmu Allah

alfaaizy berbicara lagi...adakah kita terfikir mengapa Allah telah mewajibkan pembayaran zakat emas & perak? adakah kita terfikir duit yang kita dapat bukanlah wang sebenar yang diajarkan Allah dan Rasul kepada kita?

Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya. Allah juga tidak menciptakan sesuatu dengan sis-sia. So, Allah wajibkan zakat kepada pemilik emas apabila nisabnya cukup 85 gram emas yang disimpan sebanyak 2.5% atau 1/40. Kenapa ya???

Teruskan berfikir...Allah telah menciptakan alam ini dan Dia Maha Mengetahui segalanya yang bernilai dan menjadi keperluan untuk hambaNya. Salah satu daripadanya ialah EMAS. Sebut saja emas...semua orang seperti terpukau dan terkasima. Itu adalah tarikan manusia terhadap sesuatu yang bernilai.

Lagi berfikir...Bila kita kata ia berharga, semestinya ia sentiasa berharga selama mana alam ini belum fana'. Emas berada dalam nilainya yang tersendiri, tidak bergantung pada sesuatu mekanisme lain. Jadi harganya akan sentiasa tinggi dan tinggi dan tinggi. Sebab itu, tidak rugi pun orang yang mengeluarkan zakat emas kerana nilainya tetap meningkat dari satu masa ke satu masa yang lain.

Renung-renungkan: Kita seronok lihat angka duit kita yang banyak angka dalam buku bank, tabung haji, asb dll, tetapi tidakkah kita sedar, jika kita simpan 10 tahun lagi nilainya akan susut. Itulah permainan sistem kapitalis yang saya belajar semasa SPM dulu. Orang kaya mengaut keuntungan semahunya daripada orang miskin yang tidak memiliki apa-apa.

Janganlah kita terpedaya dengan matawang ciptaan manusia. Sudah lama kita terpedaya. Tukarlah kepada beli EMAS simpan EMAS. Ubah mind set kita daripada terperdaya.

Wallahu A'llam...

Wednesday, December 9, 2009

Dinar Emas : Matawang Islam Masa Depan

Kelebihan Dinar Emas

          • Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.

          • Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.

          • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.

          • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.

          • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.

          • Harga emas meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

          Untuk pembelian : 0125849282

          Monday, December 7, 2009

          Percubaan Melabur Emas Public Gold

          Assalamualaikum...dan salam sejahtera. alfaaizy berbicara lagi... dalam tempoh cuti ni, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan...just rutin harian sebagai seorang suami dan seorang bapa kepada seorang putera dan seorang puteri. Namun suka di hati melayan karenah anak-anak ni. Alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi atas segala kurniaanNya.

          Dah lama dah dok cari dan baca tentang pelaburan emas ni. Tup...tup baru ni ada modal sket, so apalagi saya pun cubalah membeli emas daripada Public Gold Lebuh Bishop tanggal 3 disember 2009. Namun mungkin pengetahuan dan pengalaman saya yang masih cetek dan kurang, saya mungkin silap bacaan tentang turun naik harganya. Sehari selepas beli emas, harganya menjunam turun...dan turun...dan turun. Sehingga catatan ini ditulis pun harga masih tidak stabil.

          Namun, sejenak di hati saya berfikir mungkin ini hanya sementara dan mudah-mudahan pelaburan ini membuahkan hasil yang tebaik buat alfaaizy. Mengikut ramalan emas dunia boleh meningkat sehingga USD 2500/Oz. Semasa saya membuat pembelian harga dalam lingkungan USD 1200/Oz. Maknanya harga masih dalam perangkaan meningkat naik. Itu yang membuatkan saya meneruskan aktiviti pelaburan emas ini.

          Terpaksa stop dulu, coz ada sedara datang rumah. Sehingga bertemu lagi di lain bicara yang tidak seberapa ini.

          Tuesday, December 1, 2009

          Artikel Menarik Pembuka Minda

          Dipetik daripada: Langkah Emas

          Berdasarkan laporan kekayaan penduduk dunia yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch dan firma perunding Capgemini, terdapat 9.5 juta orang jutawan ( memiliki harta bernilai lebih USD 1juta ) di seluruh dunia pada tahun 2006Pada tahun tersebut Singapura,India dan Indonesia,mencatatkan pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan.


          Pada tahun 2007 pula, dianggarkan trdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika Syarikat, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman.Menjadi jutawan ialah idaman semua orang , Namun demikian , pada tahun 2006 dianggarkan Cuma 6% daripada penduduk dunia berupaya mencapai status tersebut.


          Soalnya , di manakah perginya baki 94% yang lain itu ? Banyak yang beranggapan bahawa Negara , bangsa, kepandaian dan peluang ialah factor utama, namun kepecayaan tersebut tersasar jauh daripada kebenaran.Faktor utama yang membezakan mereka ialah corak minda. Jutawan didapati mempunyai cara berfikir yang berbeza daripada golongan biasa. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang konsep pemilihan kerjay, pasangan, tempat tinggal , penggunaan masa lapang, pendidikan hinggalah knderaan yang dipandu.


          Menurut kajian Dr.Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian IQ yang tinggi , tetapi membawa kepada maksud " berfikir dengan betul ". Fikiran yang betul tentang pemilihan kerjaya adalah berasaskan minat dan kebolehan seseorang.Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan kerana melakukan ssuatu yang di minatinya atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki.Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain.Oleh sebab itu , mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi brbanding dengan orang lain.


          Menurut kajian Dr.Stanley, dua pertiga jutawan telah mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.Namun demikian, memperolh pndapatan yang lumayan sahaja bukanlah syarat mutlak untuk bergelar jutawan. Mereka harus juga mempunyai fikiran yang betul tentang konsep perbelanjaan. Jutawan percaya , pengurusan kewangan bermula dari rumah. Lebih daripada 80% peratus jutawan memilih pasangan hidup yang lebih konservatif tentang kewangan berbanding dengan mereka , disamping mampu menguruskan perbelanjaan keluarga dengan baik.Dalam memilih pasangan hidup, mreka memahami perbezaan antara seorang pengurus perbelanjaan dengan seorang yang bakal menjadi sumber perbelanjaan dalam ekonomi rumah tangga.Lebih daripada 90% peratus jutawan terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan sebahagian besar mereka pula cuma mempunyai SEORANG ISTERI.


          Mereka berkongsi falsafah pengurusan yang sama dengan Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu " Tingkatkan Pendapatan dari masa ke semasa, namun kekalkan cara hidup lama ".Menurut satu maklum balas, 80% peratus penduduk Malaysia menghabiskan pendapatan bulanan mereka dalam perbelanjaan isi rumah dan terus meningkatkan perbelanjaan tersebut seandainya berlaku peningkatan pada tahap pendapatan bulanan. Cara ini sangat bertentangan dengan kaedah berfikir GOLONGAN JUTAWAN.Para jutawan juga tidak mahu memasuki zon yang diistilahkan olh mreka sebagai "Fokus Serangan ". Mereka berfikir bahawa adalah bijak untuk terus kekal di kawasan perumahan yang sedia ada , walaupun mereka mampu memiliki rumah yang lebih mewah , di samping mngelakkan diri daripada sasaran jenayah dan memulakan hutang baru perumahan.Pada masa yang sama , mreka juga mampu menikmati peningkatan nilai rumah yang sdia ada .


          Di Amerika, lebih daripada 90% peratus jutawan tinggal di rumah milik sendiri dan kebanyakkan daripada mereka tinggal di rumah yang sama sejak 20 tahun lalu !.Hampir 50 peratus daripada mereka juga tidak berpindah dan membeli rumah tersebut semasa orang lain sibuk menjualnya. Lebih daripada dua pertiga jutawan bekerja antara 45 hingga 55 jam seminggu. Pada hari bekerja lazimnya mereka bangun seawal jam tiga atau empat pagi.Mereka tidak mendefinisikan diri mereka "gila bekerja", tetapi sentiasa berusaha memaksimumkan pulangan hasil daripada setiap usaha yang dilakukan.Jika terdapat kelapangan, mereka lebih suka menghabiskan masa tersebut dengan penasihat percukaian atau pegawai perundangan peribadi.Hal ini membolehkan mreka mengkaji kaedah terbaik untuk meminimumkan kadar pembayaran cukai dan mengenal pasti ruang yang boleh diperbaiki dalam perniagaan , agar mereka tidak terdedah kepada tindakkan undang-undang dari mana-mana pihak di kemudian hari.


          Masa lapang bersama keluarga pula lazimnya dihabiskan dengan mengunjungi sahabat handai dan saudara mara atau melawat ke lokasi awam seperti muzium,zoo dan taman prmainan. Semua aktiviti ini dipilih kerana menelan belanja yang minimum, di samping mampu merapatkan hubungan.Mereka juga menjauhi kasino, kelab-kelab elit dan tempat yang seumpamanya kerana menelan belanja besar.Secara purata , mereka bercuti dua tahun sekali ke luar negara.Kebanyakkan jutawan hidup di bawah tahap pndapatan mereka dan melabur kembali 15 hingga 20 peratus daripada jumlah hasil pendapatan tahunan yang diperolehi.Mereka tidak menggunakan lebihan pndapatan untuk membeli barangan berjenama mewah khususnya kenderaan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang memandu kenderaan import model terkini, kebanyakkan yang lain cuma menggunakan model tempatan yang telah berusia lebih daripada 10 tahun.


          Menurut cara berfikir salah seorang daripada 10 orang terkaya di Malaysia Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari, kenderaan cumalah satu medium untuk mmbawa seseorang bergerak dari titik A ke B dan beliau cuma memandu kereta perdana V6, sedangkan jumlah kekayaannya dianggarkan berjumlah lebih daripada RM4.29 bilion.Namun begitu, kebanyakkan orang beranggapan seorang jutawan ialah orang yang memandu kereta import model terbahru, tinggal di kawasan perumahan mewah, memilih jelitawan atau selebriti sebagai pasangan dan kerap bercuti ke luar negara.


          Walau bagaimanapun hal itu semua bukanlah ukuran utlak bagi menentukan seseorang berstatus jutawan atau tidak. Jutawan dalam takrif sebenar ialah apabila semua aset seseorang ditolak dngan semua jumlah liabilitinya dan jika masih berbaki sejuta ringgit atau lebih, maka barulah beliau layak bergelar jutawan.Kebanyakkan jutawan mampu meneruskan cara hidup mereka untuk tempoh 10 hingga 12 tahun walaupun memilih untuk tidak bekerja.Sembilan puluh empat peratus ( 94%) penduduk dunia tidak menjadi jutawan kerana mereka telah menyalahtafsirkan takrif sebenar jutawan dan dengan hal itu mereka gagal untuk BERFIKIR SEPERTI SEORANG JUTAWAN.

          Tuesday, April 28, 2009

          Hikmah Pengharaman Babi

          Ditengah-tengah kekalutan dan kebimbangan yg kini sedang melanda dunia termasuklah negara kita akibat dari VIRUS BABI yg telah meragut korban sebanyak 130 nyawa manusia(setakat artikel ini ditulis) di Mexico...ingin sekali lagi saya meminta laluan dengan mengirimkan secebis cerita untuk renungan bersama..

          Hikmah Pengharaman Babi

          Kejadian ini berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

          Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

          Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas.

          Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

          Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

          Artikel ini diambil dari http://apadianie.blogspot.com/

          Thursday, April 9, 2009

          Kisah Sesenduk Madu

          Ada sebuah kisah simbolik yang cukup menarik untuk kita renungkan. Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesendok madu.

          Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesedaran warganya. Raja memerintahkan agar setiap seorang, pada suatu malam yang telah ditetapkan, membawa sesendok madu untuk dituangkan dalam sebuah bejana yang telah disediakan di puncak bukit ditengah kota. Seluruh warga kota memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.

          Tetapi dalam fikiran seorang warga kota (katakanlah si A) terlintas satu cara untuk mengelak, "Aku akan membawa sesendok penuh, tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi dari pandangan mata seseorang. Sesendok airpun tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota."

          Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa yang terjadi? Seluruh bejana ternyata penuh dengan air. Rupanya semua warga kota berfikiran sama dengan si A. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil membebaskan diri dari tanggungjawab.

          Kisah simbolik ini dapat terjadi bahkan mungkin telah terjadi, dalam pelbagai masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama, khususnya Islam,memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi:"Katakanlah (hai Muhammad), inilah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai dengan pembuktian yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikutiku (QS 12:108) Dalam redaksi ayat di atas tercermin bahwa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan pembuktian yang nyata, baru kemudian dia melibatkan pengikut-pengikutnya.

          "Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkanlah semangat orang-orang mukmin(pengikut-pengikutmu) (QS 4:84)Perhatikan kata-kata "tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri." Nabi Muhammad saw. pernah bersabda: "Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkanlah keluargamu." Setiap orang menurut beliau adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas yang dipimpinnya, ini bererti bahawa setiap orang harus tampil terlebih dahulu. Sikap mental demikianlah yang dapat menjadikan bejana sang raja penuh dengan madu bukan air, apalagi racun.
          Pelita Hati - M. Quraish Shihab

          Thursday, March 19, 2009

          Tiga Pertanyaan

          Ada seorang pemuda yang lama belajar di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

          “Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya.

          “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.

          “Anda yakin? Sedangkan profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”

          Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

          Pemuda : “Saya ada 3 pertanyaan;

          1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.
          2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
          3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
          Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

          Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

          “Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawab pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

          Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

          Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan diciptakan dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

          Tuesday, March 10, 2009

          Pencuri Kain Kafan

          Di Baghdad terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kafan. Dia menggali setiap kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. Pada satu malam sedang dia menggali kubur, dia terperanjat besar melihat api menjulang-julang keluar dari lubang kubur. Badannya menggigil dan terus pengsan.

          Sebaik saja sedar, dia lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Dia berjumpa dengan seorang wali Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan keadaan dan ingin bertaubat. Dia mengadu yang dia telah menggali 78 kubur. Hanya 2 kubur saja yang mayatnya masih mengadap kiblat. Dalam kubur-kubur lain, semua mayat itu telah berpusing membelakangkan kiblat. Syeikh Joned menerangkan mayat-mayat yang berpusing membelakangkan kiblat itu adalah pada masa hidupnya syak atau ragu-ragu tentang jaminan rezeki oleh Allah.

          Moral & Iktibar

          Kita mesti yakin tentang rezeki yang Allah telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi.
          Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak beriman terhadap Allah.
          Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang a'asi (maksiat).
          Jangan menghina atau memandang rendah kaki maksiat, jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan kita belum tahu.
          Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa yang balasannya diterima di dalam kubur lagi.
          Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan ditimpakan azab jika ahli neraka.

          Thursday, March 5, 2009

          Kajian Sains: Solat Rawat Penyakit Kritikal

          HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

          Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

          Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. "Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

          Ng Siew Chok - Isyarat Otak

          Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. "Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
          "Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

          Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

          Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. "Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,? katanya.

          Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

          Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim). "Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. "Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

          Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. "Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

          Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
          "Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

          Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. "Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

          (Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

          Wednesday, March 4, 2009

          Nabi Sulaiman Raja Yang Bijaksana

          Nabi Sulaiman adalah seorang raja yang teliti. Setiap masalah yang disampaikan kepadanya tidak mudah dipercayai begitu sahaja, sebelum diteliti kebenarannya. Nabi Sulaiman kemudian menulis sepucuk surat yang ditujukan kepada Ratu Balqis dengan memerintahkan burung hud-hud untuk membawanya. Isi surat tersebut merupakan suatu helah Nabi Sulaiman untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kebesaran Kerajaan Sabaiyah yang dipimpin oleh Ratu Balqis. Sekiranya Ratu Balqis menjawab surat Nabi Sulaiman itu dengan kekuatan bersenjata, maka benarlah Kerajaan Sabaiyah itu adalah satu kerajaan yang kuat.

          Tetapi kalau jawapan itu berupa hadiah dan pameran harta kekayaan duniawi, tahulah Nabi Sulaiman bahawa Ratu Balqis itu hanyalah sekadar ratu yang kaya. Sekiranya jawapan itu berupa penyerahan dan ajakan perdamaian, maka ternyata kerajaan Ratu Balqis adalah kerajaan yang kecil, kerajaan yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan jika dibandingkan dengan kebesaran kerajaan Nabi Sulaiman yang mempunyai bermacam bala tentera yang terdiri dari pasukan tentera manusia, jin, burung, angin, semut, syaitan, binatang dan lain-lain.

          Tuesday, March 3, 2009

          Taubatnya al-Qass

          Al-Qass adalah orang yang paling baik ibadahnya pada pandangan penduduk Makkah. Pada suatu hari dia bertemu dengan Sallamah, gadis pinangan orang Quraisy. Lalu al-Qass mendengar nyanyiannya dan berhenti untuk mendengarkannya.

          Pada saat itulah majikan gadis itu melihat al-Qass dan berkata, "Mahukah anda masuk untuk mendengarkannya?" Al-Qass pura-pura tidak mahu sampai gadis itu mengizinkannya. Al-Qass berkata, "Tempatkan saya di tempat yang sepi agar saya tidak dapat melihat dia dan dia tidak melihatku"
          Kemudian al-Qass masuk dan gadis itu pun menyanyi. Gadis itu tertarik kepadanya. Lalu majikannya menawarkan kepada al-Qass untuk berkenalan dengannya, tetapi al-Qass tidak mahu. Pada suatu hari gadis itu berkata kepadanya, "Sungguh aku mencintaimu." Al-Qass menjawab, "Saya juga mencintaimu." Gadis itu berkata, "Aku ingin sekali mengucup bibirmu." Al-Qass berkata, "Saya juga." Gadis itu berkata, "Saya ingin menempelkan dadaku ke dadamu." Al-Qass menjawab, "Saya juga." Gadis itu berkata, "Lalu mengapa anda tidak melakukannya? Sungguh tempat ini benar-benar sepi."

          Al-Qass menjawab, "Saya mendengar Allah berfirman yang ertinya: Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (az-Zukhruf:67)
          Saya tidak ingin kasih sayang antara diriku dan dirimu berubah menjadi permusuhan pada hari kiamat."Lalu gadis itu berkata, "Wahai al-Qass! Apakah Tuhanku dan Tuhanmu tidak menerima kita kalau bertaubat kepadanya? Al-Qass menjawab, "Ya! Tetapi saya tidak aman dari kematian yang datang dengan tiba-tiba." Kemudian al-Qass berdiri dan kedua matanya mengeluarkan air mata. Setelah itu dia tidak pernah kembali lagi ke tempat itu dan beribadahlah dia seperti sedia kala.

          Monday, March 2, 2009

          Siri Muhammad Rasulullah: Perkahwinan Abdullah dengan Aminah

          Usia Abdul Muttalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih tatkala Abrahah mencuba untuk menyerang Mekah dan menghancurkan Rumah Purba.

          Ketika itu umur anaknya Abdullah sudah berusia dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya untuk dikahwinkan. Pilihan Abdul Muttalib jatuh kepada Aminah bint Wahab bin Abd Manaf bin Zuhra, (pemimpin suku Zuhra) ketika itu yang sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.

          Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. Abdul Muttalib dengan anaknya menemui Wahb dan melamar puterinya. Sebahagian penulis sejarah berpendapat, bahawa ia pergi menemui Uhyab, bapa saudara Aminah, sebab waktu itu ayahnya sudah meninggal dan dia di bawah jagaan bapa saudaranya.

          Pada hari perkahwinan Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muttalib juga berkahwin dengan Hala, puteri bapa saudaranya. Dari perkahwinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Nabi yang seusia dengan baginda.

          Abdullah dengan Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan Arab bila perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan. Sesudah itu mereka berpindah bersama-sama dengan keluarga Abdul Muttalib. Tidak berapa lama kemudian Abdullah pun pergi dalam suatu usaha perdagangan ke Syria dengan meninggalkan isteri yang sedang hamil.

          Berkaitan hal ini masih terdapat beberapa keterangan yang berbeza: adakah Abdullah berkahwin lagi selain dengan Aminah; adakah wanita lain yang datang menawarkan diri kepadanya? Rasanya tak ada gunanya menyelidiki keterangan-keterangan semacam ini. Yang pasti ialah Abdullah adalah seorang pemuda yang tegap dan tampan. Bukan hal yang luar biasa jika ada wanita lain yang ingin menjadi isterinya selain Aminah. Tetapi setelah perkahwinannya dengan Aminah itu hilanglah harapan yang lain walaupun untuk sementara. Siapa tahu, barangkali mereka masih menunggu ia pulang dari perjalanannya ke Syam untuk menjadi isterinya di samping Aminah.

          Dalam perjalanannya itu Abdullah tinggal selama beberapa bulan. Dalam pada itu ia pergi juga ke Gaza dan kembali lagi. Kemudian ia singgah ke tempat saudara-saudara ibunya di Yathrib (Madinah) sekadar beristirahat sesudah merasa letih selama dalam perjalanan. Sesudah itu ia akan kembali pulang dengan kafilah ke Mekah. Akan tetapi kemudian ia menderita sakit di tempat saudara-saudara ibunya itu. Rakan-rakan dagangan pun pulang lebih dulu meninggalkan dia. Dan merekalah yang menyampaikan berita sakitnya itu kepada ayahnya setelah mereka sampai di Mekah.

          Jumpa lagi dalam siri yang akan datang!!!

          Friday, February 27, 2009

          Keutamaan Surah al-Fatihah

          Nama-nama lain Al-Fatihah ialah Fatihatul-Kitab, Ummul Kitab, Ummul-Qur'an, as-Sab'ul-Matsani, al-Qur'anul-`Azhim, asy-Syifa, dan Assaul-Qur'an.

          Imam Ahmad bin Hambal r.a. meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, "Rasulullah saw. Menemui Ubai bin Ka'ab, namun dia sedang solat. Rasul berkata, `Hai Ubai.' Maka Ubai melirik, namun tidak menyahut. Nabi berkata, `Hai Ubai!' Lalu Ubai mempercepat solatnya, kemudian beranjak menemui Rasulullah saw. Sambil berkata, `Asalamu'alaika, ya Rasulullah.' Rasul menjawab, `Wa'alaikassalam. Hai Ubai, mengapa kamu tidak menjawab ketika kupanggil?' Ubai menjawab, `Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sedang solat.'

          Nabi bersabda, `Apakah kamu tidak menemukan dalam ayat yang diwahyukan Allah Taala kepadaku yang menyatakan, `Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu.' (al-Anfal:24)

          Ubai menjawab, `Ya Rasulullah, saya menemukan dan saya tidak akan mengulangi hal itu.' Rasul bersabda, `Sukakah kamu bila kuajari sebuah surah yang tidak diturunkan surah lain yang serupa dengannya di dalam Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan?' Ubai menjawab, `Saya suka, wahai Rasulullah.'

          Rasulullah saw. Bersabda, `Sesungguhnya aku tidak mahu keluar dari pintu ini sebelum aku mengajarkannya.' Ubai berkata, `Kemudian Rasulullah memegang tanganku sambil bercerita kepadaku. Saya memperlambat jalan karena khawatir beliau akan sampai di pintu sebelum menuturkan pembicaraannya. Ketika kami sudah mendekati pintu, aku berkata, `Ya Rasulullah, surah apakah yang dijanjikan itu?' Beliau bertanya, `Apa yang kamu baca dalam solat?' Ubai berkata, `Maka aku membacakan Ummul-Qur'an kepada beliau.'

          Beliau bersabda, `Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya, Allah tidak menurunkan surah yang setara dengan itu baik dalam Taurat, Injil, Zabur, maupun al-Furqan. Ia merupakan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang.'

          "Muslim meriwayatkan dalam sahihnya dan Nasa'I meriwayatkan dalam sunannya dengan sanad dari Ibnu Majah, dia berkata, "Suatu ketika Rasulullah saw. (sedang duduk) dan di sisinya ada Jibril. Tiba-tiba jibril mendengar suara dari atas. Maka dia mengarahkan pandangannya ke langit, lalu berkata, `Inilah pintu langit dibukakan, padahal sebelumnya tidak pernah.' Ibnu Abbas berkata, "Gembirakanlah (umatmu) dengan dua cahaya. Sungguh keduanya diberikan kepadamu dan tidak pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, yaitu Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat terakhir surat al-Baqarah. Tidakkah Anda membaca satu huruf pun darinya melainkan Anda akan diberi (pahalanya).'"

          Tuesday, February 24, 2009

          Orang Pertama Yang Dihukum Di Akhirat

          Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

          Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian."
          Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu terbunuh?." Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian."

          Kemudian datang orang ketiga pula: "Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?." Jawab orang itu: "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah." Lantas Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: "Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka."
          Oleh itu, sebagai muhasabah diri buat golongan ilmuan, golongan mujahid fi sabilillah dan golongan kaya-raya, semoga kita sama-sama menginsafi diri dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita yang berupa ilmu, tenaga mahupun wang ringgit. Semoga setiap usaha kita mengejar syurga dapat dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Selamat berjaya.

          Sunday, February 22, 2009

          AS tipu dunia mendarat di bulan?

          LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

          Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu. TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS yang berjalan di bulan pada Julai 1969. Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

          Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi. TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar.

          Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. 20 tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.

          Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas. Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

          Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun. Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

          Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB). Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan. Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

          Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya. Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

          Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu. Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

          Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya. Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.

          Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama. Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA. Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

          Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
          "Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill. Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

          Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan." Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
          Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi

          Saturday, February 14, 2009

          Valentine's Day : Pak Turut Barat @ Jahil pada Agama

          Assalamualaikum...alfaaizy berbicara lagi. Namun pada kali ini, topik yang agak hangat kita bicarakan iaitu bolehkah kita sambut Hari Kekasih @ Valentine's Day?

          Khutbah yang ana sampaikan Jumaat kelmarin dan mungkin serentak di seluruh negara, adalah satu usaha untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang bahayanya melakukan sesuatu amalan secara ikutan sahaja. Dengan erti kata yang lain "pak turut" lah. Melakukan sesuatu tanpa ada asas ilmu pengetahuan yang cukup.

          Secara asasnya, kita umat Islam sewajibnya mendalami ilmu pengetahuan untuk mengelakkan kita terjerumus ke lembah kejahilan dan kehinaan. Justeru, panduan ilmu pengetahuan yang mantap dan lengkap segalanya telah terungkap dalam al-Quran.

          Al-Quran ada menyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 120: "Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".

          Sambutan Hari Kekasih @ Valentine's Day adalah satu daripada upacara istiadat atau ritual yang sinonim bagi orang kristian. Amalan sambutan ini bercampur dengan maksiat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Hujahnya, Hari Kekasih @ Valentine's Day berkait rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran kristian:

          1) Hari mengingati kekasih @ Valentine's Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi Orang Jono atau dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya bermula mula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta itu.

          2) Pendapat kedua menyatakan, pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II. Pada waktu itu, Raja Claudius II telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dengan peperangan. Disebabkan larangan itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian secara rahsia. Akibatnya, St. Valentine ditangkap, disebat hingga mati dan kepalanya dipenggal pada 14 Februari 270 Masihi. Bagi memperingati sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahannya, maka 14 Februari dijadikan hari memperingatinya sebagai uapacara keagamaan.

          Semoga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menyelamatkan kita daripada terus menyambut Hari Kekasih agar akidah kita, ibadah kita, muamalah kita dan akhlak kita terus terpelihara daripada dipesongkan oleh golongan yang dimurkai Allah dan golongan yang sesat.

          Nukilan bersumber:
          Teks Khutbah 13 Februari 2009
          "Menjauhi Budaya Songsang: Valentine"s Day



          Thursday, February 12, 2009

          Wawancara eksklusif bersama juru bicara Brigade Al-Qassam.

          Abu Ubaidah, juru bicara Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas, menegaskan bahwa perang ‘furqon’ membuat perubahan besar di tubuh bangsa Arab dan umat Islam. Perang ini juga membentuk kesadaran dan solidaritas cukup besar dalam pemahaman perjuangan dan jihad yang belum pernah terjadi sebelumnya.

          Dalam wawancara khusus dengan infopalestina, Abu Ubaidah mengatakan;”Perang ini telah mencetak jutaan orang baru yang simpati dengan perlawanan dan perjuangan. Saya yakin hal itu akan bisa membentuk perubahan besar, barangkali tidak secepatnya, tapi, insya Allah, pada level sejumlah pemerintah, telah menjadi keyakinan bahwa dengan membantu perjuangan ini akan menjaga kemuliaan mereka.”

          Berikut wawancara tersebut secara lengkap:
          Di Medan Jihad…..
          Menurut Anda, apa rahasia utama kemenangan ini?

          Setelah itu berpulang kepada takdir Allah ta’ala, rahasia lain adalah karena keteguhan, kegigihan dan menjalankan rencana yang telah dirancang sebelumnya dalam menghadapi perang model seperti ini. Begitu juga pada keuletan Palestina di level masyarakat dan faksi-faksi perlawanan. Ditambah lagi taktik dan strategi militer yang handal berikut methode perang yang kami terapkan dalam menghadang militer Zionis Israel.

          Tanpa merinci, tentu Anda sudah mendapatkan informasi tentang agresi ini sebelumnya, lalu bagaimana persiapan Anda dalam menghadapi perang ini. Khususnya pernyataan pihak Anda tentang strategi baru dalam menghadapi serangan dan Anda akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelumnya?

          Tentu kami sudah siap sampai pada kemungkinan-kemungkinan seburuk apapun yang bisa saja terjadi. Semua tindakan kami sesuai rencana sebelumnya dalam menghadapi serangan udara. Termasuk gebrakan pertama adalah kami berhasil melepaskan rudal jenis Grad dan Qassam yang sudah dikembangkan hingga menjangkau 40 km lebih. Menurut kami, pelepasan itu merupakan pukulan telak dan mengagetkan bagi pihak intelijen dan pimpinan militer Zionis Israel. Kondisi ini berlangsung hingga satu pekan penuh. Kemudian perang darat dimulai di medan perang. Jam-jam pertama terjadi beberapa pukulan telak saat militer Zionis Israel hendak merangsek masuk ke Jalur Gaza, walaupun wilayah tersebut sudah terbuka. Senjata dan alat-alat tempur militer Zionis Israel kami hadang dengan serangkain tembakan misil dan rudal. Baku tembak ini tetap berlangsung hingga diumumkannya gencatan senjata.

          Setiap perang pasti memiliki kisah dan kejadian yang tidak bisa Anda lupakan, apa kisah dan kejadian tersebut?

          Sebetulnya banyak kisah dan kejadian itu, tapi ada kejadian yang luar biasa dan historis. Salah satu pejuang Palestina saat itu tengah siap melakukan penyerangan ke sebuah kelompok serdadu Zionis Israel. Serangan itu sudah dilakukan dengan misil, terjadi baku tembak antara dia dengan kelompok serdadu ini. Ia diserang dengan misil hingga tangan kirinya hampir buntung. Namun pejuang ini tetap ingin menyerang dengan meledakkan bom di tengah-tengah serdadu Israel. Dan benar, ia berhasil meledakkan bom dan melarikan diri dengan selamat sementara tangan kirinya masih belum jatuh. Kondisi ini membuat dirinya tidak nyaman, hingga akhirnya, tangan itu ia patahkan sendiri. Setelah itu, kembali menyerang dengan semangat yang luar biasa. Kejadian ini menjadikan serangan militer Zionis ditingkatkan terus kepada pejuang Palestina yang berada di sebuah tempat yang luasnya tidak lebih dari 0,5 km2, selama tujuh jam berturut-turut tiada henti. Saat diserang, para pejuang itu tetap shalat berdiri hingga selesai. Setelah selesai shalat di malam itu, dua pejuang gugur syahid dalam perang berani, melawan secara langsung (berhadap-hadapan) dengan serdadu Zionis Israel.

          Seorang penulis Mesir, Muhammad Husnein Haekal, dalam wawancara televisi mengatakan;”Perang Gaza belum berakhir dan bahaya yang akan datang lebih besar dari apa yang dibayangkan oleh bangsa Arab….” Menurut Anda, karena posisi Anda selaku salah satu komandan di lapangan, bahaya apa yang dibicarakan Haekal itu?

          Disana ada upaya dari pihak Zionis Israel dengan penggagasan sikap politik yang akan bisa membahayakan bangsa Arab semuanya, bukan terhadap perlawanan jihad. Termasuk akan membahayakan kepemimpinan Mesir, khususnya berkenaan dengan penghentian penyelundupan senjata. Oleh karena itu bahaya ini melampaui diluar wilayah Jalur Gaza. Saya berharap bahaya ini menjadi faktor penggugah para pemimpin Arab.

          Di masyarakat Arab tersebar berita bahwa perang furqon ini akan merubah keadaan, menurut pendapat Anda perubahan itu seperti apa?

          Disana akan ada perubahan besar di dunia Arab dan Islam. Perang ini juga membentuk kesadaran dan solidaritas cukup besar dalam pemahaman perjuangan dan jihad yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perang ini telah mencetak jutaan orang baru yang simpati dengan perlawanan dan perjuangan. Saya yakin hal itu akan bisa membentuk perubahan besar, barangkali tidak secepatnya, tapi, insya Allah, pada level sejumlah pemerintah, telah menjadi keyakinan bahwa dengan membantu perjuangan ini akan menjaga kemuliaan mereka.

          Masyarakat Arab mengatakan bahwa jumlah syahid di perang ini (khususnya warga sipil) sangat besar, menurut penilaian Anda seperti apa?

          Memang jumlah syahid besar dan Zionis Israel sengaja membunuh mereka. Di lima menit pertama perang saja, sudah 200 syahid yang gugur, sebagian besar dari kalangan sipil. Ini yang sengaja dilakukan pihak Israel untuk menekan pejuang Palestina dan memukul telak. Selama perang, Israel sengaja membidik warga sipil agar kami mau kompromi dan mundur. Namun di lapangan, keadaan itu berubah drastis dan perang memaksa kami untuk terus melawan tanpa henti. Maka Zionis Israel adalah pihak yang paling bertanggungjawab atas hasil perang ini, dan tentu, bukan kami.

          Bagaimana hubungan antara penduduk Gaza dengan pihak Anda selama perang? Dan sampai dimana hubungan itu berlangsung pascaperang sekalipun?

          Hubungan itu bersifat saling menguatkan dan saling mendukung. Kami dan mereka sama-sama menjadi target militer Zionis Israel. Hal ini yang menjadikan mereka sangat erat dengan kami. Semua merasa satu perasaan bahwa perang ini adalah perang mereka juga. Tak ada pilihan lain bagi mereka selain terus gigih dan teguh dalam perjuangan dan jihad. Setelah perang, kami begitu sangat dekat dengan penduduk. Kami ingin sama-sama menghapus luka dan duka yang dialami oleh bangsa Palestina.

          Untuk penduduk Palestina di Tepi Barat, apa sikap mereka terhadap krisis ini? Apakah Anda memperkirakan sesuatu yang belum terjadi? Sikap penduduk Palestina ‘48 juga seperti apa sikapnya?

          Sikap penduduk Tepi Barat dan Palestina ‘48 sangat responsif dalam melakukan sukungan dan solidaritasnya. Namun kami tahu kondisi mereka. Di Palestina ‘48 masih dijajah, di Tepi Barat dua penjajahan (Israel dan aparat Abbas, red.). Untuk itu kami meminta perlawanan di Tepi Barat terus ditingkatkan.

          Menurut Anda, sikap masyarakat Arab bagaimana selama ini?

          Cukup bagus dan menunjukkan akan kesadaran yang tinggi dalam loyalitas. Tapi kami minta untuk ditingkatkan karena perang ini akan berlangsung lama. Kesadaran ini mudah-mudahan tidak bersifat emosional, tapi harus dibarengi dengan langkah-langkah dan program nyata agar bisa mencabut blokade dan menghentikan penjajahan.

          Menurut Anda, bagaimana sikap pemerintah non Arab seperti Turki, Venezuela dan Bolivia terhadap perang ini?

          Kami memandang sikap mereka lebih maju dibandingkan dengan pemerintahan Arab dan kaum muslimin lainnya. Memang sangat disayangkan. Sikap mereka ini lebih dekat kepada sikap masyarakat pada umumnya, walaupun itu hanya sekedar simbol saja atau dukungan moril. Kami harus menyampaikan rasa terima kasih kepada mereka, sikap mereka sikap pemberani.

          Di Bidang Politik…..Hamas sesekali setuju dengan gencatan senjata sementara, sesekali gencatan senjata panjang, apa pandangan Anda?

          Kami siap untuk melakukan kesepakatan gencatan senjata yang hasilnya bisa dipetik untuk kepentingan perlawanan ketika upaya politik gagal. Kami ingin gencatan senjata sementara dibalas dengan pembukaan pintu perlintasan semuanya, menghentikan total blokade dan menghentikan agresi tanpa pelanggaran apapun. Terlebih khusus, permintaan tadi adalah permintaan rakyat, bukan permintaan partai atau kelompok tertentu, bukan pemberian dari siapapun. Inilah sikap kami yang selalu kami ulang-ulang. Jika tuntutan kemanusiaan tadi terealisir kami siap melakukan gencatan senjata untuk meringankan penderitaan bangsa dan rakyat Palestina.

          Ada isu yang berkembang bahwa di dalam internal Al-Qassam terjadi pembangkangan terhadap kebijakan pimpinan politik Hamas, apa komentar Anda?

          Ini isu murahan dan tidak berdasar. Ini hanya ada di benak orang-orang peragu dan pendengki. Saya ingin yakinkan kepada Anda bahwa impian itu tidak akan menjadi nyata. Seperti yang Anda ketahui, Hamas, dengan izin Allah ta’ala, dikenal di dunia politik modern sebagai kelompok yang solid antara kader dengan pimpinannya, baik di level politik, militer dan sosial. Kalaulah bukan kesolidan ini, tentu Hamas tidak akan mendapatkan dukungan besar seperti sekarang ini, baik di tingkat internal Palestina sendiri ataupun di regional dan dunia Islam.

          Dalam situasi krisis ekonomi global sekarang ini, apa pengaruh ekonomi negara-negara pendukung Zionis Israel, khususnya Amerika, atas negara Yahudi itu? Lalu apakah hal itu berdampak pada kelompok Anda?

          Kita semua berdo’a kepada Allah ta’ala agar krisis ini menghancurkan rezim penguasa yang zalim dan korup. Mudah-mudahan harta mereka membuat mereka tersiksa olehnya. Secara riil, krisis ini sangat berdampak kepada Zionis Israel. Bisa kami katakan bahwa seharusnya pemerintah Amerika menggunakan dana besar itu untuk memakmurkan di jalan kebaikan, daripada harus dihambur-hamburkan dan diberikan kepada geng-geng pembunuh dan penjahat Zionis Israel.

          sumber : COMES

          Tuesday, February 10, 2009

          Panasnya Api Neraka !

          Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya.
          "Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."

          Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.

          Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan Allah daripada api neraka dengan sentiasa menuruti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.