Friday, February 27, 2009

Keutamaan Surah al-Fatihah

Nama-nama lain Al-Fatihah ialah Fatihatul-Kitab, Ummul Kitab, Ummul-Qur'an, as-Sab'ul-Matsani, al-Qur'anul-`Azhim, asy-Syifa, dan Assaul-Qur'an.

Imam Ahmad bin Hambal r.a. meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, "Rasulullah saw. Menemui Ubai bin Ka'ab, namun dia sedang solat. Rasul berkata, `Hai Ubai.' Maka Ubai melirik, namun tidak menyahut. Nabi berkata, `Hai Ubai!' Lalu Ubai mempercepat solatnya, kemudian beranjak menemui Rasulullah saw. Sambil berkata, `Asalamu'alaika, ya Rasulullah.' Rasul menjawab, `Wa'alaikassalam. Hai Ubai, mengapa kamu tidak menjawab ketika kupanggil?' Ubai menjawab, `Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sedang solat.'

Nabi bersabda, `Apakah kamu tidak menemukan dalam ayat yang diwahyukan Allah Taala kepadaku yang menyatakan, `Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu.' (al-Anfal:24)

Ubai menjawab, `Ya Rasulullah, saya menemukan dan saya tidak akan mengulangi hal itu.' Rasul bersabda, `Sukakah kamu bila kuajari sebuah surah yang tidak diturunkan surah lain yang serupa dengannya di dalam Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan?' Ubai menjawab, `Saya suka, wahai Rasulullah.'

Rasulullah saw. Bersabda, `Sesungguhnya aku tidak mahu keluar dari pintu ini sebelum aku mengajarkannya.' Ubai berkata, `Kemudian Rasulullah memegang tanganku sambil bercerita kepadaku. Saya memperlambat jalan karena khawatir beliau akan sampai di pintu sebelum menuturkan pembicaraannya. Ketika kami sudah mendekati pintu, aku berkata, `Ya Rasulullah, surah apakah yang dijanjikan itu?' Beliau bertanya, `Apa yang kamu baca dalam solat?' Ubai berkata, `Maka aku membacakan Ummul-Qur'an kepada beliau.'

Beliau bersabda, `Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya, Allah tidak menurunkan surah yang setara dengan itu baik dalam Taurat, Injil, Zabur, maupun al-Furqan. Ia merupakan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang.'

"Muslim meriwayatkan dalam sahihnya dan Nasa'I meriwayatkan dalam sunannya dengan sanad dari Ibnu Majah, dia berkata, "Suatu ketika Rasulullah saw. (sedang duduk) dan di sisinya ada Jibril. Tiba-tiba jibril mendengar suara dari atas. Maka dia mengarahkan pandangannya ke langit, lalu berkata, `Inilah pintu langit dibukakan, padahal sebelumnya tidak pernah.' Ibnu Abbas berkata, "Gembirakanlah (umatmu) dengan dua cahaya. Sungguh keduanya diberikan kepadamu dan tidak pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, yaitu Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat terakhir surat al-Baqarah. Tidakkah Anda membaca satu huruf pun darinya melainkan Anda akan diberi (pahalanya).'"

Tuesday, February 24, 2009

Orang Pertama Yang Dihukum Di Akhirat

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: "Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu menjawab: "Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian."
Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: "Kenapa kamu terbunuh?." Jawab orang itu: "Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu." Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian."

Kemudian datang orang ketiga pula: "Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?." Jawab orang itu: "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah." Lantas Allah berfirman: "Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: "Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka."
Oleh itu, sebagai muhasabah diri buat golongan ilmuan, golongan mujahid fi sabilillah dan golongan kaya-raya, semoga kita sama-sama menginsafi diri dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita yang berupa ilmu, tenaga mahupun wang ringgit. Semoga setiap usaha kita mengejar syurga dapat dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Selamat berjaya.

Sunday, February 22, 2009

AS tipu dunia mendarat di bulan?

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu. TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS yang berjalan di bulan pada Julai 1969. Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi. TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. 20 tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.

Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas. Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun. Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB). Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan. Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya. Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu. Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya. Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama. Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA. Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill. Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan." Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi

Saturday, February 14, 2009

Valentine's Day : Pak Turut Barat @ Jahil pada Agama

Assalamualaikum...alfaaizy berbicara lagi. Namun pada kali ini, topik yang agak hangat kita bicarakan iaitu bolehkah kita sambut Hari Kekasih @ Valentine's Day?

Khutbah yang ana sampaikan Jumaat kelmarin dan mungkin serentak di seluruh negara, adalah satu usaha untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang bahayanya melakukan sesuatu amalan secara ikutan sahaja. Dengan erti kata yang lain "pak turut" lah. Melakukan sesuatu tanpa ada asas ilmu pengetahuan yang cukup.

Secara asasnya, kita umat Islam sewajibnya mendalami ilmu pengetahuan untuk mengelakkan kita terjerumus ke lembah kejahilan dan kehinaan. Justeru, panduan ilmu pengetahuan yang mantap dan lengkap segalanya telah terungkap dalam al-Quran.

Al-Quran ada menyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 120: "Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".

Sambutan Hari Kekasih @ Valentine's Day adalah satu daripada upacara istiadat atau ritual yang sinonim bagi orang kristian. Amalan sambutan ini bercampur dengan maksiat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Hujahnya, Hari Kekasih @ Valentine's Day berkait rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran kristian:

1) Hari mengingati kekasih @ Valentine's Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi Orang Jono atau dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya bermula mula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta itu.

2) Pendapat kedua menyatakan, pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II. Pada waktu itu, Raja Claudius II telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dengan peperangan. Disebabkan larangan itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian secara rahsia. Akibatnya, St. Valentine ditangkap, disebat hingga mati dan kepalanya dipenggal pada 14 Februari 270 Masihi. Bagi memperingati sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahannya, maka 14 Februari dijadikan hari memperingatinya sebagai uapacara keagamaan.

Semoga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menyelamatkan kita daripada terus menyambut Hari Kekasih agar akidah kita, ibadah kita, muamalah kita dan akhlak kita terus terpelihara daripada dipesongkan oleh golongan yang dimurkai Allah dan golongan yang sesat.

Nukilan bersumber:
Teks Khutbah 13 Februari 2009
"Menjauhi Budaya Songsang: Valentine"s Day



Thursday, February 12, 2009

Wawancara eksklusif bersama juru bicara Brigade Al-Qassam.

Abu Ubaidah, juru bicara Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas, menegaskan bahwa perang ‘furqon’ membuat perubahan besar di tubuh bangsa Arab dan umat Islam. Perang ini juga membentuk kesadaran dan solidaritas cukup besar dalam pemahaman perjuangan dan jihad yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Dalam wawancara khusus dengan infopalestina, Abu Ubaidah mengatakan;”Perang ini telah mencetak jutaan orang baru yang simpati dengan perlawanan dan perjuangan. Saya yakin hal itu akan bisa membentuk perubahan besar, barangkali tidak secepatnya, tapi, insya Allah, pada level sejumlah pemerintah, telah menjadi keyakinan bahwa dengan membantu perjuangan ini akan menjaga kemuliaan mereka.”

Berikut wawancara tersebut secara lengkap:
Di Medan Jihad…..
Menurut Anda, apa rahasia utama kemenangan ini?

Setelah itu berpulang kepada takdir Allah ta’ala, rahasia lain adalah karena keteguhan, kegigihan dan menjalankan rencana yang telah dirancang sebelumnya dalam menghadapi perang model seperti ini. Begitu juga pada keuletan Palestina di level masyarakat dan faksi-faksi perlawanan. Ditambah lagi taktik dan strategi militer yang handal berikut methode perang yang kami terapkan dalam menghadang militer Zionis Israel.

Tanpa merinci, tentu Anda sudah mendapatkan informasi tentang agresi ini sebelumnya, lalu bagaimana persiapan Anda dalam menghadapi perang ini. Khususnya pernyataan pihak Anda tentang strategi baru dalam menghadapi serangan dan Anda akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelumnya?

Tentu kami sudah siap sampai pada kemungkinan-kemungkinan seburuk apapun yang bisa saja terjadi. Semua tindakan kami sesuai rencana sebelumnya dalam menghadapi serangan udara. Termasuk gebrakan pertama adalah kami berhasil melepaskan rudal jenis Grad dan Qassam yang sudah dikembangkan hingga menjangkau 40 km lebih. Menurut kami, pelepasan itu merupakan pukulan telak dan mengagetkan bagi pihak intelijen dan pimpinan militer Zionis Israel. Kondisi ini berlangsung hingga satu pekan penuh. Kemudian perang darat dimulai di medan perang. Jam-jam pertama terjadi beberapa pukulan telak saat militer Zionis Israel hendak merangsek masuk ke Jalur Gaza, walaupun wilayah tersebut sudah terbuka. Senjata dan alat-alat tempur militer Zionis Israel kami hadang dengan serangkain tembakan misil dan rudal. Baku tembak ini tetap berlangsung hingga diumumkannya gencatan senjata.

Setiap perang pasti memiliki kisah dan kejadian yang tidak bisa Anda lupakan, apa kisah dan kejadian tersebut?

Sebetulnya banyak kisah dan kejadian itu, tapi ada kejadian yang luar biasa dan historis. Salah satu pejuang Palestina saat itu tengah siap melakukan penyerangan ke sebuah kelompok serdadu Zionis Israel. Serangan itu sudah dilakukan dengan misil, terjadi baku tembak antara dia dengan kelompok serdadu ini. Ia diserang dengan misil hingga tangan kirinya hampir buntung. Namun pejuang ini tetap ingin menyerang dengan meledakkan bom di tengah-tengah serdadu Israel. Dan benar, ia berhasil meledakkan bom dan melarikan diri dengan selamat sementara tangan kirinya masih belum jatuh. Kondisi ini membuat dirinya tidak nyaman, hingga akhirnya, tangan itu ia patahkan sendiri. Setelah itu, kembali menyerang dengan semangat yang luar biasa. Kejadian ini menjadikan serangan militer Zionis ditingkatkan terus kepada pejuang Palestina yang berada di sebuah tempat yang luasnya tidak lebih dari 0,5 km2, selama tujuh jam berturut-turut tiada henti. Saat diserang, para pejuang itu tetap shalat berdiri hingga selesai. Setelah selesai shalat di malam itu, dua pejuang gugur syahid dalam perang berani, melawan secara langsung (berhadap-hadapan) dengan serdadu Zionis Israel.

Seorang penulis Mesir, Muhammad Husnein Haekal, dalam wawancara televisi mengatakan;”Perang Gaza belum berakhir dan bahaya yang akan datang lebih besar dari apa yang dibayangkan oleh bangsa Arab….” Menurut Anda, karena posisi Anda selaku salah satu komandan di lapangan, bahaya apa yang dibicarakan Haekal itu?

Disana ada upaya dari pihak Zionis Israel dengan penggagasan sikap politik yang akan bisa membahayakan bangsa Arab semuanya, bukan terhadap perlawanan jihad. Termasuk akan membahayakan kepemimpinan Mesir, khususnya berkenaan dengan penghentian penyelundupan senjata. Oleh karena itu bahaya ini melampaui diluar wilayah Jalur Gaza. Saya berharap bahaya ini menjadi faktor penggugah para pemimpin Arab.

Di masyarakat Arab tersebar berita bahwa perang furqon ini akan merubah keadaan, menurut pendapat Anda perubahan itu seperti apa?

Disana akan ada perubahan besar di dunia Arab dan Islam. Perang ini juga membentuk kesadaran dan solidaritas cukup besar dalam pemahaman perjuangan dan jihad yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perang ini telah mencetak jutaan orang baru yang simpati dengan perlawanan dan perjuangan. Saya yakin hal itu akan bisa membentuk perubahan besar, barangkali tidak secepatnya, tapi, insya Allah, pada level sejumlah pemerintah, telah menjadi keyakinan bahwa dengan membantu perjuangan ini akan menjaga kemuliaan mereka.

Masyarakat Arab mengatakan bahwa jumlah syahid di perang ini (khususnya warga sipil) sangat besar, menurut penilaian Anda seperti apa?

Memang jumlah syahid besar dan Zionis Israel sengaja membunuh mereka. Di lima menit pertama perang saja, sudah 200 syahid yang gugur, sebagian besar dari kalangan sipil. Ini yang sengaja dilakukan pihak Israel untuk menekan pejuang Palestina dan memukul telak. Selama perang, Israel sengaja membidik warga sipil agar kami mau kompromi dan mundur. Namun di lapangan, keadaan itu berubah drastis dan perang memaksa kami untuk terus melawan tanpa henti. Maka Zionis Israel adalah pihak yang paling bertanggungjawab atas hasil perang ini, dan tentu, bukan kami.

Bagaimana hubungan antara penduduk Gaza dengan pihak Anda selama perang? Dan sampai dimana hubungan itu berlangsung pascaperang sekalipun?

Hubungan itu bersifat saling menguatkan dan saling mendukung. Kami dan mereka sama-sama menjadi target militer Zionis Israel. Hal ini yang menjadikan mereka sangat erat dengan kami. Semua merasa satu perasaan bahwa perang ini adalah perang mereka juga. Tak ada pilihan lain bagi mereka selain terus gigih dan teguh dalam perjuangan dan jihad. Setelah perang, kami begitu sangat dekat dengan penduduk. Kami ingin sama-sama menghapus luka dan duka yang dialami oleh bangsa Palestina.

Untuk penduduk Palestina di Tepi Barat, apa sikap mereka terhadap krisis ini? Apakah Anda memperkirakan sesuatu yang belum terjadi? Sikap penduduk Palestina ‘48 juga seperti apa sikapnya?

Sikap penduduk Tepi Barat dan Palestina ‘48 sangat responsif dalam melakukan sukungan dan solidaritasnya. Namun kami tahu kondisi mereka. Di Palestina ‘48 masih dijajah, di Tepi Barat dua penjajahan (Israel dan aparat Abbas, red.). Untuk itu kami meminta perlawanan di Tepi Barat terus ditingkatkan.

Menurut Anda, sikap masyarakat Arab bagaimana selama ini?

Cukup bagus dan menunjukkan akan kesadaran yang tinggi dalam loyalitas. Tapi kami minta untuk ditingkatkan karena perang ini akan berlangsung lama. Kesadaran ini mudah-mudahan tidak bersifat emosional, tapi harus dibarengi dengan langkah-langkah dan program nyata agar bisa mencabut blokade dan menghentikan penjajahan.

Menurut Anda, bagaimana sikap pemerintah non Arab seperti Turki, Venezuela dan Bolivia terhadap perang ini?

Kami memandang sikap mereka lebih maju dibandingkan dengan pemerintahan Arab dan kaum muslimin lainnya. Memang sangat disayangkan. Sikap mereka ini lebih dekat kepada sikap masyarakat pada umumnya, walaupun itu hanya sekedar simbol saja atau dukungan moril. Kami harus menyampaikan rasa terima kasih kepada mereka, sikap mereka sikap pemberani.

Di Bidang Politik…..Hamas sesekali setuju dengan gencatan senjata sementara, sesekali gencatan senjata panjang, apa pandangan Anda?

Kami siap untuk melakukan kesepakatan gencatan senjata yang hasilnya bisa dipetik untuk kepentingan perlawanan ketika upaya politik gagal. Kami ingin gencatan senjata sementara dibalas dengan pembukaan pintu perlintasan semuanya, menghentikan total blokade dan menghentikan agresi tanpa pelanggaran apapun. Terlebih khusus, permintaan tadi adalah permintaan rakyat, bukan permintaan partai atau kelompok tertentu, bukan pemberian dari siapapun. Inilah sikap kami yang selalu kami ulang-ulang. Jika tuntutan kemanusiaan tadi terealisir kami siap melakukan gencatan senjata untuk meringankan penderitaan bangsa dan rakyat Palestina.

Ada isu yang berkembang bahwa di dalam internal Al-Qassam terjadi pembangkangan terhadap kebijakan pimpinan politik Hamas, apa komentar Anda?

Ini isu murahan dan tidak berdasar. Ini hanya ada di benak orang-orang peragu dan pendengki. Saya ingin yakinkan kepada Anda bahwa impian itu tidak akan menjadi nyata. Seperti yang Anda ketahui, Hamas, dengan izin Allah ta’ala, dikenal di dunia politik modern sebagai kelompok yang solid antara kader dengan pimpinannya, baik di level politik, militer dan sosial. Kalaulah bukan kesolidan ini, tentu Hamas tidak akan mendapatkan dukungan besar seperti sekarang ini, baik di tingkat internal Palestina sendiri ataupun di regional dan dunia Islam.

Dalam situasi krisis ekonomi global sekarang ini, apa pengaruh ekonomi negara-negara pendukung Zionis Israel, khususnya Amerika, atas negara Yahudi itu? Lalu apakah hal itu berdampak pada kelompok Anda?

Kita semua berdo’a kepada Allah ta’ala agar krisis ini menghancurkan rezim penguasa yang zalim dan korup. Mudah-mudahan harta mereka membuat mereka tersiksa olehnya. Secara riil, krisis ini sangat berdampak kepada Zionis Israel. Bisa kami katakan bahwa seharusnya pemerintah Amerika menggunakan dana besar itu untuk memakmurkan di jalan kebaikan, daripada harus dihambur-hamburkan dan diberikan kepada geng-geng pembunuh dan penjahat Zionis Israel.

sumber : COMES

Tuesday, February 10, 2009

Panasnya Api Neraka !

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya.
"Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."

Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.

Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan Allah daripada api neraka dengan sentiasa menuruti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Monday, February 9, 2009

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Tahukah saudara, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Sunday, February 8, 2009

Keberanian Rasulullah S.A.W

Sesungguhnya pemimpin umat Islam itu bukan sahaja Rasulullah s.a.w. mengatur taktik dan strategi sebagai Panglima atau Jeneral, bahkan bagindalah yang sering maju kebarisan hadapan bertentangan muka dengan musuh.

Saiyidina Ali bin Abu Talib r.a. adalah pahlawan yang selalu turut berperang disamping Rasulullah s.a.w. Beliau pernah menceritakan betapa beraninya Rasulullah di dalam suatu peperangan, katanya: "Baginda sangat berani mendekati kubu-kubu pertahanan musuh. Sewaktu tentera Islam menghadapi tentangan dalam peperangan Hunain dan banyak pejuang-pejuang Islam yang lari, baginda sendiri tidak keluar dari barisan pertahanan bahkan mengatur arahan dari atas kuda di tengah-tengah serbuan musuh. Akhirnya baginda berjaya mengumpulkan pasukan yang perpecah-belah itu untuk meneruskan perlawanan."


Sewaktu tentera Islam terkepung dalam peperangan Uhud, Rasulullah s.a.w. sendiri mendapat luka, sahabat serta musuhnya menyangka baginda sudah tewas. Maka pada saat-saat yang mencemaskan itu, baginda memaksa dirinya tampil ke depan seraya berteriak: "Di sini Muhammad! Rasulullah! Aku masih hidup!."


Pernah pada suatu malam penduduk kota Madinah menjadi gempar sebab terdengar bunyi riuh-rendah musuh yang cuba menyerang kota Madinah. Pasukan tentera Islam segera berkejar ke tempat tersebut dan mendapati Rasulullah s.a.w. telah berada lebih dahulu di situ. Baginda berkata kepada pasukan yang datang itu: "Musuh telah lari, keadaan telah aman, mari kita pulang."

Saturday, February 7, 2009

Malaikat di Rumahmu

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah"? Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi di sini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."


"Dan bagaimana saya boleh mengerti saat orang-orang bercakap kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan bercakap kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu bercakap."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi." "Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."


Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat mendengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ? "Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."


Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa. Semoga kita sentiasa mendapat keredoan Allah dengan sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa kita.

Thursday, February 5, 2009

Nasr : Perbincangan Kaherah buntu kerana kedegilan Zionis

Khamis, 05/02/2009 - Muhammad Nasr, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan usaha-usaha ke arah penyelesaian yang sedang dilaksanakan di Kaherah sentiasa menemui jalan buntu kerana kedegilan Zionis dan percubaan regim tersebut untuk memaksakan syarat-syaratnya berhubung perjanjian gencatan senjata. Beliau juga menimbulkan adalah suatu yang tidak logik jika Gaza terus dikepung dan dalam masa yang sama rakyat Palestin dihalang daripada mentadbir dan mengurus negara mereka sendiri.

Nasr berkata dalam satu kenyataan akhbar petang semalam (Rabu 4/2), “dalam tempoh beberapa jam ini dan sepanjang usaha yang dilakukan semenjak dua hari lalu, kami selalu bertembung dengan kedegilan Zionis yang sentiasa cuba memaksakan syarat-syaratnya terhadap rakyat Palestin sebelum ditandatangani perjanjian mewujudkan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata.”

Beliau seterusnya menambah, “walau bagaimanapun sehingga kini, kami tetap meneruskan usaha kerana kami sentiasa mendengar kehendak rakyat kami dan apa yang kami lakukan adalah demi kepentingan semua. Kami amat memahami dan merasai penderitaan yang terhasil daripada serangan zalim terhadap rakyat kami semasa serangan Zionis baru-baru ini terhadap Gaza.

Oleh itu, kami sedang berusaha untuk menjayakan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata agar penderitaan terhadap rakyat kami dapat dikurangkan. Tetapi pelaksanaan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata ini hendaklah berjaya menamatkan sekatan dan kepungan terhadap Gaza dan pembukaan semula pintu sempadan bagi memudahkan perjalanan rakyat Palestin.”

Wednesday, February 4, 2009

Pemimpin Yang Tulen

Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saiyidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saiyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saiyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.


Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saiyidina Umar. Saiyidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.


Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saiyidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saiyidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saiyidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.


Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saiyidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saiyidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.


Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saiyidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saiyidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saiyidina Umar sendiri.

Moral & Iktibar




  • Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan/tanggungan kita. Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.


  • Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang miskin lebih daripada kepentingan sendiri.


  • Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji. Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.


  • Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka. Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.


  • Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.


  • Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Monday, February 2, 2009

Pengakuan Dari Musuh Nombor Satu

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang paling dihormati dan dipercayai oleh seluruh anggota masyarakat Quraisy, baik sebelum dirinya diutus menjadi Rasul mahupun sesudahnya.

Sebelum baginda diutus menjadi Rasul lagi, baginda telah memperoleh gelaran "Al-Amin" yang bererti orang yang dipercayai. Baginda memperoleh gelaran itu tidak lain kerana peribadinya yang indah serta budi pekertinya yang mulia lagi terpuji.

Anehnya baginda bukan sahaja dianggap orang yang paling benar oleh para sahabat dan pengikutnya tetapi juga oleh musuh-musuh baginda termasuk Abu Jahal Bin Hisyam, musuh Islam nombor satu dan juga musuh baginda Rasulullah s.a.w.

Pernah suatu ketika datang seorang sahabat Abu Jahal bertanya kepadanya: "Ya Abu Hakam, di sini tidak ada orang lain yang akan dapat mendengar perbualan kita selain engkau dan aku. Maka itu aku ingin tahu dari mulutmu sendiri, apakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusta?". Betapa terkejutnya lelaki itu apabila Abu Jahal menjawab pertanyaannya itu dengan pantas dan spontan: "Demi Tuhan! Sesungguhnya Muhammad itu seorang yang benar dan ia tidak pernah berbohong sama sekali."

Demikian anehnya, satu-satunya kejadian dalam dunia ini seorang musuh ketat terang-terang tanpa teragak-agak lagi mengakui bahawa lawannya itu seorang yang benar. Ini satu-satunya keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w., baginda dianggap benar sekalipun oleh musuh-mushnya yang paling ketat sekali.

Sunday, February 1, 2009

Syabas buat Toyib Erdogan!!! Bangun Dunia Islam

Nukilan: alfaaizy

Syabas dan tahniah khusus buat Perdana Menteri Turkey yang berani berdepan dan bersuara lantang mempertahankan hak-hak Islam, umat Islam dan kemanusiaan khusus buat Palestin. Kelantangan beliau membuatkan Presiden Israel terkedu dengan jawapan yang diberikan. Beliau seorang wira dunia Islam telah menyatakannya dalam forum ekonomi sedunia di Davos.

Dalam perkembangan yang lain, Peres menyalahkan HAMAS dalam peperangan tersebut. Namun beliau telah mempertahankan HAMAS bukan pertubuhan pengganas seperti yang dinyatakan Presiden negara haram Israel itu.

Sikap pengerusi forum tersebut yang berat sebelah memberikan hanya 10 minit berbanding Peres dengan 25 minit untuk berucap telah menyebabkan Erdogen mengambil langkah yang perlu dengan bangkit dan meninggalkan forum tersebut. Beliau juga menyatakan tidak akan datang lagi ke Davos. Syabas Erdogen. Hidupkan kembali kesinambungan Khilafat Islamiah. Nescaya dunia akan kembali aman. Bukan terus mengikut telunjuk Israel dan Amerika.