Tuesday, February 1, 2011

Dunia Ohh Dunia!!!

Assalamualaikum warahmatuhu wabarakatuh...

1. Maaf lama tiada coretan ilmiah mahupun tentang dinar dan emas. Maybe agak sibuk atau menyibukkan diri dengan dunia sekarang yang serba mencabar.

2. Umum mengetahui benda asas kehidupan manusia dari sudut ekonomi dan sosial, manusia berhak untuk mendapatkan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Namun, di mana silapnya apabila perkara asas tersebut tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan manusia.

3. Selepas kejatuhan kerajaan diktator Tunisia, kerajaan diktator Mesir pimpinan Hosni Mubarak pula mungkin seterusnya untuk ditumbangkan...bagi saya, ia adalah satu kebanggaan apabila rakyat bangun menentang kerajaan yang telah menzalimi mereka tuk sekian lama. Sekian lama mereka bersabar dan bersabar tetapi sabar manusia setakat mana apabila nak makan pun susah, nak pakai pon sekadar ja, nak hidup pun susah...so bangun dan terus bangun rakyat Mesir menuntut keadilan.

4. Semasa belajar dulu, mungkin saya kurang prihatin tentang istilah "the student power" "the military power" dan "the people power". Apa yang menarik perhatian saya ialah "the people power" yang apabila kesabaran yang sudah meluap-luap tidak dapat dibendung lagi maka tercetuslah tunjuk perasaan beramai-ramai.

5. Bukan senang nak bangkit beramai-ramai tuk menyatakan ketidakpuasan hati pada sesuatu perkara. Tapi itulah realitinya.

6. Yang menariknya...kebenaran Firman Allah "Wa tuizzu man tasyak wa tuzillu man tasyak wa tanziul mulka mimman tasyak"...Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah menghina sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah menjatuhkan sesuatu kerajaan seperti yang dikehendakiNya...

7. Banyak iktibar daripada apa yang sedang berlaku di Tebing Barat sana. Sedar mahupun tidak kita cuba ambil pengajaran sebaiknya...

Jumpa lagi...nak bertemu Yang Maha Pencipta dulu sebagai hambaNya.