tag:blogger.com,1999:blog-20880863929153883622024-03-05T23:46:31.555+08:00Nukilan Ilmiah...Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga nikmat Iman dan Islam terus mengalir dalam diri kita sehingga akhir hayat.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.comBlogger64125tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-54609263663520050762012-11-20T08:08:00.000+08:002012-11-20T08:08:04.417+08:00Jumpa lagiAssalamualaikum dan salam sejahtera...

1. Sudah lama nggak bicara, namun kini kembali bersua. Di kala berlalunya sampan kiambang bertaut kembali. Alhamdulillah kini direcharge dengan pendedahan penulisan travelog membuatkan saya terus ingin menulis.

alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-59628471600172794972012-01-30T17:35:00.002+08:002012-01-30T17:46:50.028+08:00Bahaya Keegoan...1. Udah terlalu lama alfaaizy tidak mengukir kata, namun kali ini teringin mengajak kita semua untuk merenung dan bermuhasabah tentang suatu perasaan yang mungkin ada dalam diri kita.

2. Setiap kegiatan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Jangan mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buanglah ego kerana ia adalah beban.

3. Beralih daripada yang buruk kepada yang baik merupakan satu perjuangan yang sukar. Namun didalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

4. Usah persiakan usiamu dengan dendam kesumat, hal-hal yang tidak perlu, bertekak dan bermasam muka.

5. Sebaliknya, penuhkan hari mu dengan perkara yang bermanfaat. Percayalah, senyuman mampu meruntuhkan egomu.

6. Jika anda sedar anda berbuat salah, akuilah ia dan belajarlah daripada kesilapan itu. Usahlah menuding jari ke arah orang lain sebaliknya lihat ke dalam diri sendiri. Gali di mana akarnya...alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-53714339789375102712011-02-01T19:30:00.002+08:002011-02-01T19:46:15.431+08:00Dunia Ohh Dunia!!!Assalamualaikum warahmatuhu wabarakatuh...

1. Maaf lama tiada coretan ilmiah mahupun tentang dinar dan emas. Maybe agak sibuk atau menyibukkan diri dengan dunia sekarang yang serba mencabar.

2. Umum mengetahui benda asas kehidupan manusia dari sudut ekonomi dan sosial, manusia berhak untuk mendapatkan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Namun, di mana silapnya apabila perkara asas tersebut tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan manusia.

3. Selepas kejatuhan kerajaan diktator Tunisia, kerajaan diktator Mesir pimpinan Hosni Mubarak pula mungkin seterusnya untuk ditumbangkan...bagi saya, ia adalah satu kebanggaan apabila rakyat bangun menentang kerajaan yang telah menzalimi mereka tuk sekian lama. Sekian lama mereka bersabar dan bersabar tetapi sabar manusia setakat mana apabila nak makan pun susah, nak pakai pon sekadar ja, nak hidup pun susah...so bangun dan terus bangun rakyat Mesir menuntut keadilan.

4. Semasa belajar dulu, mungkin saya kurang prihatin tentang istilah "the student power" "the military power" dan "the people power". Apa yang menarik perhatian saya ialah "the people power" yang apabila kesabaran yang sudah meluap-luap tidak dapat dibendung lagi maka tercetuslah tunjuk perasaan beramai-ramai.

5. Bukan senang nak bangkit beramai-ramai tuk menyatakan ketidakpuasan hati pada sesuatu perkara. Tapi itulah realitinya.

6. Yang menariknya...kebenaran Firman Allah "Wa tuizzu man tasyak wa tuzillu man tasyak wa tanziul mulka mimman tasyak"...Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah menghina sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah menjatuhkan sesuatu kerajaan seperti yang dikehendakiNya...

7. Banyak iktibar daripada apa yang sedang berlaku di Tebing Barat sana. Sedar mahupun tidak kita cuba ambil pengajaran sebaiknya...

Jumpa lagi...nak bertemu Yang Maha Pencipta dulu sebagai hambaNya.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-79771053621820750852010-01-24T20:54:00.003+08:002010-01-24T21:39:59.919+08:00Nukilan Panas...Pencerah Mindaalfaaizy bersua kembali...apa cerita semua sahabat emas? Daripada pengamatan saya aktiviti pelaburan emas sekarang agak slow...dan tidak selaju daripada bulan Julai hingga awal Disember 2009 yang lalu. Semua ini agaknyalah...hasil daripada proses kenaikan harga emas sedikit terbantut hampir 2 bulan yang lalu.

1. Entahlah...apa yang akan terjadi lepas ini. Bagi yang telah merasai saat-saat kegemilangan harga emas yang naik menyacak USD1226/oz tuh...alhamdulillah lah...maybe sudah merasai satu kepuasan dan lega walaupun masih memiliki emas yang sama tapi belum dijual. Kiranya...kalau dijual pun dah balik untung laaa...cuma nak cari yang lebih-lebih jaaa lagi. Itupun kalau masih untung laaa dengan penurunan serendah USD1091/oz sebelum kaunter ditutup 2 hari lepas. Bersyukur dengan pulangan hasil pelaburan emas ni ekkekek.

2. Namun bagi pelabur-pelabur yang baru mengenal dunia pelaburan emas ni, mungkin dah ada yang fed up gak la agaknya. Mananya tidak...beli pada harga sekita USD1200/oz sekarang harga tak naik-naik...dah tuh turun mendadak plak...apa ceritanya nih...

3. Panas...panas...panas!!! Lagi ditulis lagi hot cerita ni...2 minggu lepas dalam sehari boleh naik USD21/oz...ku sangkakan panas hingga ke petang rupa hujan panas yang berkunjung tiba...jatuh plak dah USD27/oz. Sehari ke sehari makin jatuh...apo nak buat ni?

4. Itulah sedikit coretan yang banyak bermain dalam minda saya...tak kurang jugak dalam minda tuan-tuan pembeli emas kan? Betul tak...Sure betulnya lah...Untuk baik demam kena makan ubat so alfaaizy nak kasi sedikit penyejuk:

Buatlah sesuatu pekerjaan dengan niat yang ikhlas dan suci. Untuk apa kita membeli emas...bukankah harga emas akan sentiasa naik...cuma masa belum tiba.

Dalam pelaburan ada pasang surutnya. Tapi sesuatu yang pasti, bila kita memiliki emas...kena ingat emas itu akan terus berharga dan sentiasa orang kata "emas ni mahal lah" walaupun dikala harga jatuh.

Memiliki emas membuatkan kita sentiasa berfikir dan prihatin. Manakan tidak sentiasa mengikuti perkembangan turun naik emas.

Bersabar dan bertawakkal kepada Allah. Bersabar ubat segala-galanya dengan ketentuan Allah yang menggerakkan bulan dan matahari. Dengan kehendak Allah semudah Allah mengerakkan bulan dan matahari begitulah juga dengan kehendakNya harga emas akan melambung tinggi dengan segala kurnia rezeki daripadanya.

Bersyukur dengan peluang pelaburan. Macam-macam skim pelaburan dah kita pernah masuk...MLM, ASB, FD, TH, Swiss Cash, EAIndex, Public Mutual dan bermacam lagi lah. Apa yang kita perolehi daripada pelaburan yang kita buat? Semuanya dengan RM tapi pulangannya entahlah... Tapi sekarang dengan pelaburan emas...suatu logam yang diakui bernilai telah kita jumpa untuk sama-sama kita explore dan dapatkan hasil daripadanya.

Beli dan simpan emas suatu pelaburan jangka panjang. Sudah tentu dengan beredarnya masa dan keperluan manusia yang tidak terbatas terhadap sumber dan emas yang terbatas akan menyebabkan permintaan melebihi penawaran. So apa akan jadi apabila barang semakin kurang...sudah tentulah ia akan naik harga...berlipat ganda ganda ganda.

Simpan emas kesedaran bersama terhadap logam yang dimuliakan Allah dan Rasulnya. Tak lupa juga daripada emas tercetaknya dinar dan daripada perak tercetaknya dirham. Dua matawang Islam yang perlu dikembalikan peranannya sebagai medium pertukaran seantero dunia.

5. A'la haazal qadar...atas apa yang dinukilkan semoga kita akan terus bersemangat waja dalam bisnes ini. Ingatlah juga...Hayya a'lal falah...selepas Hayya a'las solah. Jumpa lagi!!!
alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-64720662353570254312010-01-11T20:15:00.005+08:002010-01-11T20:32:57.940+08:00Emas melonjak 30%?Salam ukhuwah buat semua sahabat-sahabat pecinta emas. Agak lama tak mengukir kata, may be awal-awal tahun ni biasalah agak sibuk dengan tugasan. Yang itu yang ini dan belbagai yang lagi...tup tup emas naik balik. Still la bicara pasai emas dan dinar ni...

1. Di saat nukilan ini tercatat harga emas USD1158/oz kira dah naik dalam USD21 berbanding pasaran ditutup pada 8.1.2010 sekitar USD1137/oz. Alhamdulillah laaa dah naik. Harap-harap harga akan terus ditutup tinggi setiap hari. Lagi pun sepanjang pemerhatian saya, bila harga emas jatuh atau statik...jual beli emas juga kembali lembab. Tengok sudah dalam bulan Disember 2009 yang lalu.

2. Ringkasan berita daripada PG Digest:

Emas dijangka melonjak harga sekitar 30% daripada harga semasa-Commodity Online http://www.publicgold.com.my/content/view/463/98/lang,malay/

Harga emas dan perak menunjukkan kenaikan berterusan-Commodity Online http://www.publicgold.com.my/content/view/465/98/lang,malay/

Emas akan terus melonjak harga-Ashby M.Foote III http://www.publicgold.com.my/content/view/466/98/lang,malay/

Pasaran emas dan perak menunjuk arah kenaikan yang tinggi-Commodity Online http://www.publicgold.com.my/content/view/467/98/lang,malay/

Itu sahaja yang dapat dikongsi kali ini. Semoga terus bersemangat waja. Sesiapa yang berminat untuk membeli emas boleh juga menghubungi saya.
alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-78665888326162786692010-01-05T16:04:00.002+08:002010-01-05T16:21:23.251+08:00Terkini dari PG DigestBermulanya tahun baru sedikit sebanyak akan merubah corak kehidupan kita. Termasuklah alfaaizy yang sedikit sibuklah dengan tugasan harian dan sebagainya. Okey...sedikit sebanyak info ringkas yang dapat dikongsi bersama sahabat emas...

1. Setelah harga emas sebulan yang lalu, kini harga emas kembali mendaki dengan baik sekali. Kelmarin sahaja mencatatkan kenaikan harga sebanyak USD24/Oz menjadikan harga emas USD1120/Oz. Ini berikutan kejatuhan kembali nilai dolar yang berterusan. Mungkinkah ini akan terus berlaku?...bagi sahabat emas sure lah biar dolar terus jatuh dan kita dapat lihat harga emas akan meletooop kembali.

2. CommodityOnline melaporkan perdagangan emas akan "boom" di Dubai dalam tahun 2010 ni. Fuh!!! Best la kalu macam tuh...Bukan setakat di Dubai, di Malaysia kita juga akan lebih meletup dengan bisnes emas ni.

3. Kuwait News Agency pula melaporkan kilang pengeluar emas pertama akan dibuka di Jabal as-Sokaty, Mesir sekitar bulan Februari ini. Menteri Minyak Mesir, Sameh Fahmy menyebut pengeluaran emas dalam tahun ini sekitar 200000 oz. al-maklumlah...sekarang harga emas melambung so pakat-pakat la gali kot keliling rumah kot-kot terjumpa ketoi emas!!! Hehehe...

jumpa lagi di lain siaran...alfaaizy mengundur dirialfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-84578496788133912842009-12-31T22:27:00.004+08:002010-01-01T01:10:13.781+08:00Lagi Berita Hangat tentang Emas - PG DigestAssalamualaikum...buat semua saudagar, pemilik, peminat, pembeli atau pemerhati emas dan dinar. Sedikit info tanggal 31 Disember 2009 yang boleh kita kongsi bersama di saat-saat akhir tirai 2009 diturunkan. Adalah diharapkan 2010 tahun yang lebih menarik buat peminat-peminat emas sedunia.

1. Emas terus menjadi aset terhangat dewasa ini dengan trend kenaikan harga berganda. Berdasarkan kenaikan mendadak emas sehingga USD1200/Oz dan berlegar sekitar USD1100/Oz pada Disember 2009, emas terus menjadi aset terhangat di Bandaraya Dubai. Bandaraya Dubai amat terkenal dengan jolokan "City of Gold" atau bandaraya emas. "Di sini ialah tempat pertemuan pelbagai bentuk emas sama ada daripada timur atau barat yang memberikan banyak pilihan kepada peminat emas"kata seorang saudagar. Seorang pelabur meramalkan harga emas akan naik sekitar USD1350/Oz pada suku pertama tahun 2010, boleh mencecah USD1800/Oz pada akhir tahun 2010 dan dijangka mencecah USD3000/Oz dalam tempoh 3 ke 5 tahun akan datang.

2. Menurut laporan CommodityOnline, logam kuning terus memberikan sinar keceriaan kepada Ghana dalam era abad ke-21 ini. Ghana, sebuah negara di barat Afrika bersedia mengeluarkan emas sebanyak 100000 oz setahun. Banyak syarikat daripada Australia, Kanada dan pelbagai negara lain berminat melabur di Ghana untuk mengeluarkan emas.

3. Daripada data World Gold Council (WGC), China menjadi negara pembeli emas terbesar dalam tahun 2009. China menambah simpanan emas sebanyak 454 tan metrik menjadikan jumlah simpanan emas di bank pusat sebanyak 1,054 tan metrik. Selain China, Russia dan India juga banyak membeli stok emas yang banyak tahun 2009.

4. China Economic Net melaporkan penduduk Beijing merebut peluang membeli emas sempena jualan promosi akhir tahun 2009. Penduduk Beijing bimbang keadaan inflasi akan bertambah buruk sekitar tahun 2010. Seorang konsultan ekonomi memberi pandangan; lebih selamat menyimpan emas dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ini.

Semoga coretan alfaaizy kali ini memberikan kita sedikit keinsafan tentang pesanan Nabi Muhammad SAW akan peri pentingnya simpanan emas dan dinar.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-2140503579563524082009-12-29T20:51:00.002+08:002009-12-29T21:17:58.563+08:00Buletin Emas Sedunia28 Disember 2009
Sumber: Artikel Semasa Public Gold

1. CommodityOnline melaporkan negara India adalah pengimport terbesar emas dan perak. Ini menunjukkan negara India amat prihatin tentang keadaan ekonomi sedunia. Baru-baru ini, India telah membeli 200 tan metrik emas sebagai rizab simpanan negara.

2. Menurut laporan China Daily pula, rakyat China berebut-rebut untuk membeli emas sempena musim perayaan Krismas dan sambutan tahun bari 2010. Dalam berita yang lain ada menyebutkan, pemerintah negara China menggalakkan rakyatnya menyimpan 5% daripada pendapatan bulanan dalam simpanan emas.

3. Emas memberikan senyuman kepada bank-bank pusat sedunia kesan daripada kejatuhan nilai dolar US. Antara negara yang banyak membeli emas tahun ini ialah China, Russia dan India. Namun, ada juga negara-negara kecil yang mempunyai kesedaran merizab emas termasuklah Filipina, Kazakhstan, Sri Lanka, Belarus dan Mexico. Dolar USD yang sebelum ini menjadi penyimpan nilai banyak negara semakin jatuh kesan daripada bebanan hutang US dan trend inflasi yang semakin meningkat.

So, ayuh kita sama-sama mengorak langkah, mengubah fikrah, mencipta sejarah, tercetus an-najah dalam simpanan emas fizikal. Tak boleh mula banyak, mulakan dengan 1 dinar atau 20 gram. Nilai emas semakin naik, tak rugi simpanan kita dalam emas fizikal...jumpa lagi bersama alfaaizy.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-53610573619268024352009-12-28T20:16:00.002+08:002009-12-28T20:53:55.600+08:00Haram Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan PerakSalamullah...sambil-sambil kita berbicara tentang emas dan dinar, hari ni alfaaizy ingin berkongsi maklumat tentang hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Manalah tahukan...dengan takdir Allah kita untung berniaga emas dan perak ni, kita kena ingat juga pasal hukum hakam agama yang memandu kehidupan kita.

Sumber rujukan:
Kitab Riyadh as-Solihin
Muka surat 524
Bab ke-364: Hukum Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan Perak
Terbitan Maktabah al-Mujallad al-Arabi

1. Kitab ini dikarang oleh Imam Nawawi yang mana beliau memetik daripada sabda-sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sahih dari segi sanad dan matannya.

2. Hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak adalah HARAM sama ada dengan tujuan untuk bekas makanan, minuman, bersuci dan sebarang tujuan yang lain.

3. Hukum ini bersandarkan hadith-hadith berikut:

Daripada Ummu Salamah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang minum di dalam bekas daripada perak maka dicampak ke dalam perutnya api neraka". (Muttafaqun alaih)

Daripada Huzaifah RA telah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami daripada memakai sutera kasar, sutera mahal dan minum di dalam bekas daripada emas dan perak. Baginda bersabda: "Sesungguhnya bekas itu bagi mereka (orang kafir) di dunia, dan bekas itu bagi kamu (orang mukmin) di akhirat". (Muttafaqun alaih)

Daripada Anas Bin Sirin telah berkata: Aku bersama Anas Bin Malik RA di kalangan beberapa orang Majusi (Kristian), kemudian dihidangkan faluzaj (sejenis manisan) di dalam bekas perak, beliau tidak memakannya, maka dikata kepadanya: tukarkanlah bekas, maka ditukarnya kepada bekas daripada kaca. Kemudian dihidangkannya dan beliau memakannya. (Riwayat al-Baihaqi dengan sanad Hasan)

4. Semoga titipan mutiara-mutiara indah daripada Rasulullah yang dinukilkan di sini dapat memberi manfaat yang baik untuk kita bersama...wassalam.
alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-84244871486231935982009-12-25T22:21:00.004+08:002009-12-25T23:17:24.911+08:00Emas & Dinar: Kita Dipermainkan Kuffar Lagi?Salam bicara mengukir kata, terdetik di minda terungkap di skrin maya...alfaaizy bisa berbicara apabila tercurah idea...

1. Kalimah az-zahab adalah kalimah arab yang bermaksud emas. Dalam al-Quran terungkap beberapa kali menunjukkan emas mempunyai nilai yang tersendiri. Dari segi penciptaannya juga adalah suatu yang amat unik kerana ia adalah suatu logam yang tidak bersatu dengan unsur lain.

2. Sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniah, kuasa-kuasa kuffar telah menjalankan agenda menyesatkan dan menghancurkan Islam dan umatnya. Salah satu daripadanya ialah dengan memperkenalkan penggunaan wang kertas sebagai medium pertukaran. Sedangkan wang emas dan wang perak telah wujud sebelum kedatangan Islam. Kemudian Nabi Muhammad SAW memperakui akan nilai emas dan perak sebagai matawang.

3. Renungkan kembali, orang kafir ajar kita dan biasakan kita melihat angka yang banyak. Tak kiralah berapa angka yang kita ada atau yang tercetak di buku bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Berapa? RM10,000 @ RM100,000 @ 1,000,000. Huh!!! Banyaknya angka. Sehinggakan kita lupa walaupun banyak angka tapi tak sama dengan nilainya.

4. Saranan demi saranan, baik daripada Tun Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahupun pemimpin-pemimpin Islam yang lain amat menggalakkan penggunaan emas sebagai aset dan dinar sebagai medium pertukaran antara negara-negara Islam. Tapi apa yang terjadi? Alangkah baiknya negara Islam menggunakan dinar emas sebagai medium pertukaran. Secara tidak langsung, dapat menjalinkan kesepaduan umat Islam seantero dunia. Barulah barat akan gerun melihat kesepaduan yang sedia wujud.

5. Sedarkah kita, kuasa barat sentiasa mempermainkan kita dengan wang kertas. Simpanlah dalam Dolar, Pound atau apa matawang pun. Tetapi dalam diam, kuasa barat terus-terusan menyimpan emas sebagai aset negara sebagai jaminan kekuatan ekonomi negara masing-masing. Yang sedihnya, dalam ranking 10 negara penyimpan emas dunia terbanyak, tiada satu pun tersenarai negara Islam.

6. Daripada digest Public Gold bertarikh 21 Disember 2009 menyatakan Russia terus menambah aset simpanan emas. Selain itu, pemimpin negara mereka juga menggalakkan rakyatnya menyimpan dalam emas. Mari kita lihat negara penyimpan emas terbanyak di dunia sebagai CABARAN KITA BERSAMA.

Amerika Syarikat dengan 8133 tan simpanan emas.
German dengan 3412.6 tan simpanan emas.
IMF dengan 3217 tan simpanan emas.
Perancis dengan 2508 tan simpanan emas.
Itali dengan 2451.8 tan simpanan emas.
China dengan 1054 tan simpanan emas.
Switzerland dengan 1040 tan simpanan emas.
Russia dengan 612.74 tan selepas pembelian emas simpanan.
India dengan 557 tan selepas membeli emas 200 tan daripada IMF baru-baru ni.

MALAYSIA??? Bagaimana??? Daripada maklumat yang saya baca Tun Mahathir dan Tun Abdullah pun banyak menyimpan dalam emas sebagai aset simpanan. So, apa yang kita buat? Masih seronok melihat akaun kita banyak angka atau seronok apabila harga emas semakin naik? Anta fikirlah sendiri!!!alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-86219905625610824822009-12-25T10:11:00.002+08:002009-12-25T10:31:30.093+08:00Berita Menarik Tentang Emas1. Matawang fiat terus susut nilai, emas dan perak suatu matawang yang baru. -CommodityOnline

2. Mali, negara pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika akan mengeluarkan emas sebanyak 52.4 tan pada tahun 2010. -ShareNet

3. Bank Pusat Russia mengesahkan pembelian emas bernilai $1 bilion. -MineWeb

4. Nilai simpanan emas Russia $22.979 bilion, 58.1% kenaikan nilai berbanding 1 Januari 2009. -CommodityOnline

5. Harga emas akan meningkat sehingga USD1400/Oz - USD1450/Oz tahun depan. -Financial Postalfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-70474086789017837182009-12-20T10:27:00.003+08:002009-12-20T10:49:30.991+08:00Bila Nak Mencecah USD2500/Oz?Tinta alfaaizy terus mengukir bicara...

1. Persoalan yang sering bermain dalam fikiran kebanyakan pelabur-pelabur emas adalah bila harga emas nak naik lagi. Setelah 3 minggu berturut-turut harganya turun dengan mendadak.

2. Susah nak jawab soalan yang berada di luar akal fikiran kita. Ramalan sering kali mendatangi kita tetapi ianya bukanlah suatu pegangan yang kuat.

3. Ada yang berkata, "Alangkah baiknya harga emas naik dan terus naik seperti yang berlaku daripada bulan Oktober sehingga 4 Disember 2009. Emas naik dengan tak disangka-sangka.

4. Cuba bayangkan, harga emas pada 1 Januari 2009 baru bernilai USD869/Oz kemudian naik sehingga USD1226/Oz. Harga tertinggi setakat ini. Maka beruntunglah pelabur-pelabur yang telah tersedar daripada awal lagi.

5. Bagi pelabur-pelabur baru, jangan pula kata ini satu peleburan bukan pelaburan. Sebenarnya inilah yang dikatakan peluang yang datang. Sekiranya masih ada modal teruskan beli emas atau boleh belajar gadai ar-Rahnu untuk pusingan modal. Setahu saya, bagi pemilik emas tak akan rugi sama sekali sama ada beli emas masa tinggi atau rendah.

6. Dalam catatan jutawan emas En. Syukor Hasyim www.jutawanemas.com telah menyatakan banyak kebaikan menyimpan dalam emas fizikal. Secara tak langsung simpanan kita telah melalui proses pelaburan. Beliau seorang yang pakar dalam ilmu emas dan merupakan penyampai ilmu emas untuk kesedaran umat Islam.

7. Konklusi tinta saya kali ini, tingkatkan pengetahuan teruskan usaha dalam kerja-kerja kita bagi menyedarkan orang kita tentang EMAS DAN DINAR SEBAGAI PENYIMPAN NILAI YANG SEBENAR BUKANNYA RM DAN SEBAGAINYA.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-71249595921771475072009-12-18T17:20:00.002+08:002009-12-18T17:57:32.994+08:00Emas dalam Proses Melonjak Hargaalfaaizy terus berbicara...

1. Harga emas telah melonjak setinggi USD1226/Oz pada tanggal 3-4 Disember 2009. Namun, selepas tarikh tersebut harga emas telah turun dengan mendadak sehingga USD1109/Oz. Dengan perbezaan yang amat ketara sebanyak USD117/OZ. Kalau ditukar pada RM sebanyak RM397.80.

2. Dengan perbezaan yang amat ketara ini, sedikit sebanyak telah merisaukan pelabur terutamanya pelabur baru. Namun, bagi pelabur yang telah establish pun boleh dikatakan agak risau.

3. Sehingga nukilan ini dicatatkan harganya masih tidak menentu. Seingat saya, kelmarin harga emas telah kembali melonjak setinggi USD1139/Oz. Sekali sekala mencecah USD1142/Oz. Tatkala hari ini harganya telah kembali menurun serendah USD1109/Oz.

4. Daripada pembacaan dan penelitian yang saya buat, emas akan melalui satu proses yang dinamakan correction price atau correction market sebelum harga emas kembali melonjak. Jadi, boleh kita simpulkan di sini emas still berada dalam tempoh tersebut. Lama mana tidak pasti.

5. Walaupun harga emas telah naik setinggi 37% sepanjang awal tahun. Namun, bermula awal Disember 2009 harga mulai menurun sedikit.

6. Ada yang berpendapat emas akan kembali melonjak selepas Krismas. Tapi sejauh mana rasionalnya belum dapat dipastikan lagi.

7. Ada juga yang berpendapat emas menurun disebabkan pengukuhan nilai Dolar AS disebabkan krisis yang berlaku di Dubai. Satu analisis daripada bacaan ekonomi sedunia. Mungkin ada kebenarannya.

8. Kebanyakan pakar-pakar emas meramalkan emas boleh mencecah USD2500/Oz. Tinggi tu. Ada yang meramalkan emas setinggi USD15000/Oz dan banyak lagi ramalan-ramalan yang dibuat. Tapi bagi penulis itu tidak mustahil berlaku. Kerana dalam keadaan ekonomi semasa yag tidak stabil di serata negara di dunia. Pengangguran yang meningkat. Peningkatan kadar inflasi yang kian meninggi dan pelbagai masalah yang di luar batasan akal manusia. Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya.

9. Apapun yang berlaku pada harga emas sama ada naik atau turun. Yang pastinya kita mestilah kembali menjadikan emas sebagai satu alternatif simpanan sebagai pelindung aset kita. Tak kisahlah dalam bentuk jongkong emas atau pun dinar.

10. Sekiranya kedapatan catatan yang saya buat ada kekurangan, bolehlah dimaklumkan pada saya. Ini hanya suatu catatan daripada seorang pelabur baru yang masih memerlukan banyak pengetahuan dan pengalaman.

Salam Maal Hijrah 1431 buat semua sahabat, saudagar, pelabur dan jutawan emas. Berusaha dan terus berjaya memartabatkan LOGAM MULIA & MATAWANG ISLAM.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-15531245164842925422009-12-18T11:40:00.003+08:002009-12-18T11:48:25.130+08:00Dinar Emas - Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohammadalfaaizy tertarik pada satu artikel yang amat baik untuk diteliti buat sahabat-sahabat emas dan dinar sebagai pemangkin asas ilmu yang kuat dalam pelaburan emas ini.

DINAR EMAS - PANDANGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

sumber :-http://chedet.co.cc/alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-34699242512068881172009-12-17T09:50:00.008+08:002009-12-17T10:37:04.093+08:00Muharram 1431 Hijrah: Dekatkan Diri pada Ilahialfaaizy terus berbicara...tapi untuk kali ini bukan tentang emas tapi suatu peringatan buat kita semua. Sahabat-sahabat emas & dinar sekalian, hari ini adalah hari terakhir kita di tahun 1430 Hijrah kerana esok akan menjelma tahun baru Muharram 1431 Hijrah. Tahniah buat sahabat-sahabat emas yang telah menjadikan emas & dinar sebagai simpanan sepertimana yang disyorkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun, tugas kita belum selesai...apa yang perlu lagi kita buat ialah terus berusaha menyebarluaskan tentang pentingnya simpanan dalam bentuk emas kepada seluruh umat Islam.

Bersama ini, saya selitkan doa akhir dan awal tahun untuk kita baca pada petang dan malam ini. Sebagai perkongsian ilmu...sesetengahnya menolak daripada membaca doa akhir dan awal tahun kerana ia dikatakan bid'ah. Tetapi setakat yang saya belajar dan jika kita teliti pada doa tersebut alangkah baiknya doa ini kita amalkan kerana kita memohon taubat daripada Allah dan memohon dijauhkan daripada gangguan syaitan dan iblis...Wallahua'lam.

Doa Akhir TahunSegala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Doa Awal Tahun
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari segala kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-29282644457584872932009-12-15T22:08:00.004+08:002009-12-15T22:56:59.187+08:00Emas & Dinar : Suatu Penilaian di Kala Harga Menjunamalfaaizy berbicara lagi...sejak kebelakangan ini kebanyakan daripada penyimpan-penyimpan emas mulai resah gelisah. Lebih-lebih lagi bagi pelabur-pelabur baru yang kebanyakannya membeli emas di kala harganya melambung tinggi. Mungkin bagi yang membeli emas sekitar tanggal November 2009 sehingga 4 Disember 2009 dah mula mengeluh disebabkan penurunan harga emas secara mendadak.

Apabila harga emas menjunam serendah USD1100/Oz berbanding USD1200/Oz sudah tentulah perbezaan harga yang amat ketara. Sebab itulah terdetik di hati saya untuk membuat catatan ini sebagai perkongsian ilmu kita bersama.

Seingat sayalah...baik kita tanya balik pada diri kita apa tujuan kita membeli emas @ dinar. Sudah banyak coretan tentang kepentingan emas dalam kehidupan kita tetapi saya nak ulaskan dari suatu sudut yang lain, supaya minda kita lebih terbuka tentang PELABURAN DALAM SIMPANAN ini.

Fikirkan kembali!!!

Beli emas untuk apa?

Adakah emas masih dalam simpanan kita?

Adakah aku ada ilmu tentang emas?

Boleh untungkah aku dengan simpan emas bila harga jatuh?

"Masa Ibarat Emas"?

Kalau belum dapat kupaskan...biar saya tolong siat-siatkan kulitnya supaya mudah kita sama-sama makan dengan tenang...

Ingat kembali tujuan kita beli emas sebagai simpanan tetap kita. Kalau simpan dalam wang fiat sure you all dah tahu apa kesannya pada simpanan kita.

Ya...harganya naik ka turun ka...emas masih dalam genggaman kita. Kalau beli 50gram sure tetap ada 50gram. Adakah sama nilai RM1 dulu dengan RM1 sekarang. Dulu RM1 bawa pi sekolah dah jadi orang kaya, tapi kalu sekarang buat beli air dengan makanan ringan saja.

Bila harga jatuh...baru kita sedar kita kurang ilmu...dan ilmu ALLAH amat luas. So, kita dalam pelaburan emas ini kenalah dalami ilmu-ilmu emas. Baca dan fahamkan bukan baca dan pamkan!!! Renung-renungkan!!!

Pikiaq tak pakai akai memang rugi!!! Tapi fikirlah dengan akal yang waras dan bijaksana, anda tidak akan merasa rugi dengan pembelian emas anda. Kan kita dah tahu EMAS ITU BERHARGA...so apa nak heran!!!

Seingat saya kata-kata "Masa Ibarat Emas" adalah Hadith Rasulullah. Nanti saya semak semula...apapun ingat kembali tatkala kita menunggu harga emas itu naik atau turun, adakah nilai @ harga emas akan menunggu kita...Memang benar kata-kata tersebut.

Bersama kita renungkan dan bersama kita mengambil pengajaran. Ingatlah!!! Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia...salamullah daripada alfaaizy
alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-89273697320517272982009-12-13T00:00:00.002+08:002009-12-13T00:05:59.087+08:00Hebahan Seminar Pelaburan EmasSchedule of Public Gold Seminar:
Day Date Time Town Venue

Sat 19.12.09 8pm-10pm Sungai Petani Park Avenue Hotel
Sun 20.12.09 8pm-10pm Butterworth Pearl View Hotel
Sat 26.12.09 8pm-10pm Kota Bahru Grand Riverview Hotel
Sun 27.12.09 8pm-10pm Kuala Terengganu Ming Star Hotel
Sat 02.01.10 8pm-10pm Johor Bahru J. A. Residence Hotel

Details of Venue:
• Park Avenue Hotel
Jati room,Level 2
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

• Pearl View Hotel
Pearl 6 (Level 5)
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

• Grand Riverview Hotel
Dewan Congkak (1stFloor)
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

• Ming Star Hotel
Dewan Tanjung 2 – Level 1
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

• J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
Hall J.A. Residence
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-983881246538621222009-12-11T08:40:00.008+08:002009-12-11T14:45:59.530+08:00Analisis Pergerakan Harga Emas 2000-2009
alfaaizy berbicara lagi... terdetik di hati ingin melihat pergerakan harga emas dari dulu sampai sekarang. Bukan apa...saya lebih suka buat sesuatu dengan pengetahuan yang jelas supaya kita lebih bijak dalam menjalankan aktiviti pelaburan emas ini. Memang ada tercatat dalam blog rakan-rakan emas tetapi lebih menumpukan pada kenaikan pada 2007-2009.

Mulanya saya cari maklumat kat http://www.kitco.com/ sepertimana yang disarankan. Namun, mungkin terlalu ramai yang menggunakan khidmat kitco so surfing jadi lambat. Kemudian, saya cuba cari maklumat bersumberkan http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg alhamdulillah pencarian yang mudah untuk dapat maklumat tersebut. Siap boleh dapat setiap hari dari tahun 1969 lagi. Tak percaya??? Rujuk web tersebut untuk informasi kita bersama.

Di sini saya cuma catatkan pergerakan harga emas pada awal dan akhir tahun untuk memudahkan kita membuat perbandingan kenaikan harga emas dari tahun 2000-2009.

Harga adalah berdasarkan US Dolar/Ounce (Oz)
1 Oz bersamaan 31.1 gram
***So cuba convertkan kepada RM

4 Jan 2000 ---282.05 ---)) 29 Dis 2000 ---272.65

2 Jan 2001 ---272.80 ---)) 31 Dis 2001 ---276.50

2 Jan 2002 ---278.10 ---)) 31 Dis 2002 ---342.75

2 Jan 2003 ---342.20 ---)) 31 Dis 2003 ---417.25

2 Jan 2004 ---415.20 ---)) 31 Dis 2004 ---438.00

4 Jan 2005 ---426.80 ---)) 30 Dis 2005 ---513.00

3 Jan 2006 ---520.75 ---)) 29 Dis 2006 ---635.70

2 Jan 2007 ---640.75 ---)) 31 Dis 2007 ---836.30

2 Jan 2008 ---840.75 ---)) 31 Dis 2008 ---865.00

2 Jan 2009 ---869.75 ---)) 31 Dis 2009 *Belum ending lagi

ANALISIS PERGERAKAN HARGA EMAS SEPANJANG 2009

2 Jan 2009 ---869.75
2 Feb 2009 ---913.75
2 Mac 2009 ---949.50
1 Apr 2009 ---919.50
1 Mei 2009 ---881.50
1 Jun 2009 ---987.00
1 Jul 2009 ---931.50
3 Ogo 2009 ---954.25
1 Sep 2009 ---949.75
1 Okt 2009 ---1005.75
2 Nov 2009 ---1052.00
1 Dis 2009 ---1193.50

***Pergerakan ketara sepanjang 2009
***Harga paling tinggi pada 3 Dis 2009 sekitar USD1200/Oz
***Harga emas akan meningkat dari semasa ke semasa disebabkan kejatuhan nilai USD

Semoga dengan sedikit analisis yang dibuat dapat meningkatkan pengetahuan kita bersama dalam menjalankan aktiviti perniagaan emas ini. Kembalikan kegemilangan emas & dinar sepertimana yang diperintahkan Allah dan RasulNya.
alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-27070868058697428312009-12-10T07:23:00.003+08:002009-12-10T07:48:10.908+08:00Emas : Luasnya Ilmu Allahalfaaizy berbicara lagi...adakah kita terfikir mengapa Allah telah mewajibkan pembayaran zakat emas & perak? adakah kita terfikir duit yang kita dapat bukanlah wang sebenar yang diajarkan Allah dan Rasul kepada kita?

Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya. Allah juga tidak menciptakan sesuatu dengan sis-sia. So, Allah wajibkan zakat kepada pemilik emas apabila nisabnya cukup 85 gram emas yang disimpan sebanyak 2.5% atau 1/40. Kenapa ya???

Teruskan berfikir...Allah telah menciptakan alam ini dan Dia Maha Mengetahui segalanya yang bernilai dan menjadi keperluan untuk hambaNya. Salah satu daripadanya ialah EMAS. Sebut saja emas...semua orang seperti terpukau dan terkasima. Itu adalah tarikan manusia terhadap sesuatu yang bernilai.

Lagi berfikir...Bila kita kata ia berharga, semestinya ia sentiasa berharga selama mana alam ini belum fana'. Emas berada dalam nilainya yang tersendiri, tidak bergantung pada sesuatu mekanisme lain. Jadi harganya akan sentiasa tinggi dan tinggi dan tinggi. Sebab itu, tidak rugi pun orang yang mengeluarkan zakat emas kerana nilainya tetap meningkat dari satu masa ke satu masa yang lain.

Renung-renungkan: Kita seronok lihat angka duit kita yang banyak angka dalam buku bank, tabung haji, asb dll, tetapi tidakkah kita sedar, jika kita simpan 10 tahun lagi nilainya akan susut. Itulah permainan sistem kapitalis yang saya belajar semasa SPM dulu. Orang kaya mengaut keuntungan semahunya daripada orang miskin yang tidak memiliki apa-apa.

Janganlah kita terpedaya dengan matawang ciptaan manusia. Sudah lama kita terpedaya. Tukarlah kepada beli EMAS simpan EMAS. Ubah mind set kita daripada terperdaya.

Wallahu A'llam...alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-23729362002613483582009-12-09T07:25:00.006+08:002009-12-10T14:04:01.473+08:00Dinar Emas : Matawang Islam Masa DepanKelebihan Dinar Emas

Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.

Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.

Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.

Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.

Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.

Harga emas meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

Untuk pembelian : 0125849282
alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-43309647518797147592009-12-07T20:23:00.005+08:002009-12-09T07:25:30.921+08:00Percubaan Melabur Emas Public GoldAssalamualaikum...dan salam sejahtera. alfaaizy berbicara lagi... dalam tempoh cuti ni, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan...just rutin harian sebagai seorang suami dan seorang bapa kepada seorang putera dan seorang puteri. Namun suka di hati melayan karenah anak-anak ni. Alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi atas segala kurniaanNya.

Dah lama dah dok cari dan baca tentang pelaburan emas ni. Tup...tup baru ni ada modal sket, so apalagi saya pun cubalah membeli emas daripada Public Gold Lebuh Bishop tanggal 3 disember 2009. Namun mungkin pengetahuan dan pengalaman saya yang masih cetek dan kurang, saya mungkin silap bacaan tentang turun naik harganya. Sehari selepas beli emas, harganya menjunam turun...dan turun...dan turun. Sehingga catatan ini ditulis pun harga masih tidak stabil.

Namun, sejenak di hati saya berfikir mungkin ini hanya sementara dan mudah-mudahan pelaburan ini membuahkan hasil yang tebaik buat alfaaizy. Mengikut ramalan emas dunia boleh meningkat sehingga USD 2500/Oz. Semasa saya membuat pembelian harga dalam lingkungan USD 1200/Oz. Maknanya harga masih dalam perangkaan meningkat naik. Itu yang membuatkan saya meneruskan aktiviti pelaburan emas ini.

Terpaksa stop dulu, coz ada sedara datang rumah. Sehingga bertemu lagi di lain bicara yang tidak seberapa ini.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-23337552560210171942009-12-01T21:56:00.006+08:002009-12-01T23:14:38.227+08:00Artikel Menarik Pembuka MindaDipetik daripada: Langkah Emas

Berdasarkan laporan kekayaan penduduk dunia yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch dan firma perunding Capgemini, terdapat 9.5 juta orang jutawan ( memiliki harta bernilai lebih USD 1juta ) di seluruh dunia pada tahun 2006Pada tahun tersebut Singapura,India dan Indonesia,mencatatkan pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan.

Pada tahun 2007 pula, dianggarkan trdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika Syarikat, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman.Menjadi jutawan ialah idaman semua orang , Namun demikian , pada tahun 2006 dianggarkan Cuma 6% daripada penduduk dunia berupaya mencapai status tersebut.

Soalnya , di manakah perginya baki 94% yang lain itu ? Banyak yang beranggapan bahawa Negara , bangsa, kepandaian dan peluang ialah factor utama, namun kepecayaan tersebut tersasar jauh daripada kebenaran.Faktor utama yang membezakan mereka ialah corak minda. Jutawan didapati mempunyai cara berfikir yang berbeza daripada golongan biasa. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang konsep pemilihan kerjay, pasangan, tempat tinggal , penggunaan masa lapang, pendidikan hinggalah knderaan yang dipandu.

Menurut kajian Dr.Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian IQ yang tinggi , tetapi membawa kepada maksud " berfikir dengan betul ". Fikiran yang betul tentang pemilihan kerjaya adalah berasaskan minat dan kebolehan seseorang.Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan kerana melakukan ssuatu yang di minatinya atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki.Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain.Oleh sebab itu , mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi brbanding dengan orang lain.

Menurut kajian Dr.Stanley, dua pertiga jutawan telah mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.Namun demikian, memperolh pndapatan yang lumayan sahaja bukanlah syarat mutlak untuk bergelar jutawan. Mereka harus juga mempunyai fikiran yang betul tentang konsep perbelanjaan. Jutawan percaya , pengurusan kewangan bermula dari rumah. Lebih daripada 80% peratus jutawan memilih pasangan hidup yang lebih konservatif tentang kewangan berbanding dengan mereka , disamping mampu menguruskan perbelanjaan keluarga dengan baik.Dalam memilih pasangan hidup, mreka memahami perbezaan antara seorang pengurus perbelanjaan dengan seorang yang bakal menjadi sumber perbelanjaan dalam ekonomi rumah tangga.Lebih daripada 90% peratus jutawan terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan sebahagian besar mereka pula cuma mempunyai SEORANG ISTERI.

Mereka berkongsi falsafah pengurusan yang sama dengan Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu " Tingkatkan Pendapatan dari masa ke semasa, namun kekalkan cara hidup lama ".Menurut satu maklum balas, 80% peratus penduduk Malaysia menghabiskan pendapatan bulanan mereka dalam perbelanjaan isi rumah dan terus meningkatkan perbelanjaan tersebut seandainya berlaku peningkatan pada tahap pendapatan bulanan. Cara ini sangat bertentangan dengan kaedah berfikir GOLONGAN JUTAWAN.Para jutawan juga tidak mahu memasuki zon yang diistilahkan olh mreka sebagai "Fokus Serangan ". Mereka berfikir bahawa adalah bijak untuk terus kekal di kawasan perumahan yang sedia ada , walaupun mereka mampu memiliki rumah yang lebih mewah , di samping mngelakkan diri daripada sasaran jenayah dan memulakan hutang baru perumahan.Pada masa yang sama , mreka juga mampu menikmati peningkatan nilai rumah yang sdia ada .

Di Amerika, lebih daripada 90% peratus jutawan tinggal di rumah milik sendiri dan kebanyakkan daripada mereka tinggal di rumah yang sama sejak 20 tahun lalu !.Hampir 50 peratus daripada mereka juga tidak berpindah dan membeli rumah tersebut semasa orang lain sibuk menjualnya. Lebih daripada dua pertiga jutawan bekerja antara 45 hingga 55 jam seminggu. Pada hari bekerja lazimnya mereka bangun seawal jam tiga atau empat pagi.Mereka tidak mendefinisikan diri mereka "gila bekerja", tetapi sentiasa berusaha memaksimumkan pulangan hasil daripada setiap usaha yang dilakukan.Jika terdapat kelapangan, mereka lebih suka menghabiskan masa tersebut dengan penasihat percukaian atau pegawai perundangan peribadi.Hal ini membolehkan mreka mengkaji kaedah terbaik untuk meminimumkan kadar pembayaran cukai dan mengenal pasti ruang yang boleh diperbaiki dalam perniagaan , agar mereka tidak terdedah kepada tindakkan undang-undang dari mana-mana pihak di kemudian hari.

Masa lapang bersama keluarga pula lazimnya dihabiskan dengan mengunjungi sahabat handai dan saudara mara atau melawat ke lokasi awam seperti muzium,zoo dan taman prmainan. Semua aktiviti ini dipilih kerana menelan belanja yang minimum, di samping mampu merapatkan hubungan.Mereka juga menjauhi kasino, kelab-kelab elit dan tempat yang seumpamanya kerana menelan belanja besar.Secara purata , mereka bercuti dua tahun sekali ke luar negara.Kebanyakkan jutawan hidup di bawah tahap pndapatan mereka dan melabur kembali 15 hingga 20 peratus daripada jumlah hasil pendapatan tahunan yang diperolehi.Mereka tidak menggunakan lebihan pndapatan untuk membeli barangan berjenama mewah khususnya kenderaan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang memandu kenderaan import model terkini, kebanyakkan yang lain cuma menggunakan model tempatan yang telah berusia lebih daripada 10 tahun.

Menurut cara berfikir salah seorang daripada 10 orang terkaya di Malaysia Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari, kenderaan cumalah satu medium untuk mmbawa seseorang bergerak dari titik A ke B dan beliau cuma memandu kereta perdana V6, sedangkan jumlah kekayaannya dianggarkan berjumlah lebih daripada RM4.29 bilion.Namun begitu, kebanyakkan orang beranggapan seorang jutawan ialah orang yang memandu kereta import model terbahru, tinggal di kawasan perumahan mewah, memilih jelitawan atau selebriti sebagai pasangan dan kerap bercuti ke luar negara.

Walau bagaimanapun hal itu semua bukanlah ukuran utlak bagi menentukan seseorang berstatus jutawan atau tidak. Jutawan dalam takrif sebenar ialah apabila semua aset seseorang ditolak dngan semua jumlah liabilitinya dan jika masih berbaki sejuta ringgit atau lebih, maka barulah beliau layak bergelar jutawan.Kebanyakkan jutawan mampu meneruskan cara hidup mereka untuk tempoh 10 hingga 12 tahun walaupun memilih untuk tidak bekerja.Sembilan puluh empat peratus ( 94%) penduduk dunia tidak menjadi jutawan kerana mereka telah menyalahtafsirkan takrif sebenar jutawan dan dengan hal itu mereka gagal untuk BERFIKIR SEPERTI SEORANG JUTAWAN.
alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-44458468858326196422009-04-28T14:55:00.002+08:002009-04-28T14:59:56.671+08:00Hikmah Pengharaman BabiDitengah-tengah kekalutan dan kebimbangan yg kini sedang melanda dunia termasuklah negara kita akibat dari VIRUS BABI yg telah meragut korban sebanyak 130 nyawa manusia(setakat artikel ini ditulis) di Mexico...ingin sekali lagi saya meminta laluan dengan mengirimkan secebis cerita untuk renungan bersama..

Hikmah Pengharaman Babi

Kejadian ini berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas.

Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Artikel ini diambil dari http://apadianie.blogspot.com/alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-53753587819635317392009-04-09T20:27:00.002+08:002009-04-09T20:37:18.704+08:00Kisah Sesenduk MaduAda sebuah kisah simbolik yang cukup menarik untuk kita renungkan. Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesendok madu.

Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesedaran warganya. Raja memerintahkan agar setiap seorang, pada suatu malam yang telah ditetapkan, membawa sesendok madu untuk dituangkan dalam sebuah bejana yang telah disediakan di puncak bukit ditengah kota. Seluruh warga kota memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.

Tetapi dalam fikiran seorang warga kota (katakanlah si A) terlintas satu cara untuk mengelak, "Aku akan membawa sesendok penuh, tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi dari pandangan mata seseorang. Sesendok airpun tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota."

Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa yang terjadi? Seluruh bejana ternyata penuh dengan air. Rupanya semua warga kota berfikiran sama dengan si A. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil membebaskan diri dari tanggungjawab.

Kisah simbolik ini dapat terjadi bahkan mungkin telah terjadi, dalam pelbagai masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama, khususnya Islam,memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi:"Katakanlah (hai Muhammad), inilah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai dengan pembuktian yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikutiku (QS 12:108) Dalam redaksi ayat di atas tercermin bahwa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan pembuktian yang nyata, baru kemudian dia melibatkan pengikut-pengikutnya.

"Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkanlah semangat orang-orang mukmin(pengikut-pengikutmu) (QS 4:84)Perhatikan kata-kata "tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri." Nabi Muhammad saw. pernah bersabda: "Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkanlah keluargamu." Setiap orang menurut beliau adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas yang dipimpinnya, ini bererti bahawa setiap orang harus tampil terlebih dahulu. Sikap mental demikianlah yang dapat menjadikan bejana sang raja penuh dengan madu bukan air, apalagi racun.
Pelita Hati - M. Quraish Shihabalfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2088086392915388362.post-5807881682760655022009-03-19T19:24:00.003+08:002009-03-19T19:35:59.033+08:00Tiga PertanyaanAda seorang pemuda yang lama belajar di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya.

“Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.

“Anda yakin? Sedangkan profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”

Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya ada 3 pertanyaan;

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawab pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan diciptakan dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.alfaaizyhttp://www.blogger.com/profile/14898313995372184342noreply@blogger.com0