Monday, January 30, 2012

Bahaya Keegoan...

1. Udah terlalu lama alfaaizy tidak mengukir kata, namun kali ini teringin mengajak kita semua untuk merenung dan bermuhasabah tentang suatu perasaan yang mungkin ada dalam diri kita.

2. Setiap kegiatan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Jangan mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buanglah ego kerana ia adalah beban.

3. Beralih daripada yang buruk kepada yang baik merupakan satu perjuangan yang sukar. Namun didalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

4. Usah persiakan usiamu dengan dendam kesumat, hal-hal yang tidak perlu, bertekak dan bermasam muka.

5. Sebaliknya, penuhkan hari mu dengan perkara yang bermanfaat. Percayalah, senyuman mampu meruntuhkan egomu.

6. Jika anda sedar anda berbuat salah, akuilah ia dan belajarlah daripada kesilapan itu. Usahlah menuding jari ke arah orang lain sebaliknya lihat ke dalam diri sendiri. Gali di mana akarnya...