Sunday, January 24, 2010

Nukilan Panas...Pencerah Minda

alfaaizy bersua kembali...apa cerita semua sahabat emas? Daripada pengamatan saya aktiviti pelaburan emas sekarang agak slow...dan tidak selaju daripada bulan Julai hingga awal Disember 2009 yang lalu. Semua ini agaknyalah...hasil daripada proses kenaikan harga emas sedikit terbantut hampir 2 bulan yang lalu.

1. Entahlah...apa yang akan terjadi lepas ini. Bagi yang telah merasai saat-saat kegemilangan harga emas yang naik menyacak USD1226/oz tuh...alhamdulillah lah...maybe sudah merasai satu kepuasan dan lega walaupun masih memiliki emas yang sama tapi belum dijual. Kiranya...kalau dijual pun dah balik untung laaa...cuma nak cari yang lebih-lebih jaaa lagi. Itupun kalau masih untung laaa dengan penurunan serendah USD1091/oz sebelum kaunter ditutup 2 hari lepas. Bersyukur dengan pulangan hasil pelaburan emas ni ekkekek.

2. Namun bagi pelabur-pelabur yang baru mengenal dunia pelaburan emas ni, mungkin dah ada yang fed up gak la agaknya. Mananya tidak...beli pada harga sekita USD1200/oz sekarang harga tak naik-naik...dah tuh turun mendadak plak...apa ceritanya nih...

3. Panas...panas...panas!!! Lagi ditulis lagi hot cerita ni...2 minggu lepas dalam sehari boleh naik USD21/oz...ku sangkakan panas hingga ke petang rupa hujan panas yang berkunjung tiba...jatuh plak dah USD27/oz. Sehari ke sehari makin jatuh...apo nak buat ni?

4. Itulah sedikit coretan yang banyak bermain dalam minda saya...tak kurang jugak dalam minda tuan-tuan pembeli emas kan? Betul tak...Sure betulnya lah...Untuk baik demam kena makan ubat so alfaaizy nak kasi sedikit penyejuk:

  • Buatlah sesuatu pekerjaan dengan niat yang ikhlas dan suci. Untuk apa kita membeli emas...bukankah harga emas akan sentiasa naik...cuma masa belum tiba.
  • Dalam pelaburan ada pasang surutnya. Tapi sesuatu yang pasti, bila kita memiliki emas...kena ingat emas itu akan terus berharga dan sentiasa orang kata "emas ni mahal lah" walaupun dikala harga jatuh.
  • Memiliki emas membuatkan kita sentiasa berfikir dan prihatin. Manakan tidak sentiasa mengikuti perkembangan turun naik emas.
  • Bersabar dan bertawakkal kepada Allah. Bersabar ubat segala-galanya dengan ketentuan Allah yang menggerakkan bulan dan matahari. Dengan kehendak Allah semudah Allah mengerakkan bulan dan matahari begitulah juga dengan kehendakNya harga emas akan melambung tinggi dengan segala kurnia rezeki daripadanya.
  • Bersyukur dengan peluang pelaburan. Macam-macam skim pelaburan dah kita pernah masuk...MLM, ASB, FD, TH, Swiss Cash, EAIndex, Public Mutual dan bermacam lagi lah. Apa yang kita perolehi daripada pelaburan yang kita buat? Semuanya dengan RM tapi pulangannya entahlah... Tapi sekarang dengan pelaburan emas...suatu logam yang diakui bernilai telah kita jumpa untuk sama-sama kita explore dan dapatkan hasil daripadanya.
  • Beli dan simpan emas suatu pelaburan jangka panjang. Sudah tentu dengan beredarnya masa dan keperluan manusia yang tidak terbatas terhadap sumber dan emas yang terbatas akan menyebabkan permintaan melebihi penawaran. So apa akan jadi apabila barang semakin kurang...sudah tentulah ia akan naik harga...berlipat ganda ganda ganda.
  • Simpan emas kesedaran bersama terhadap logam yang dimuliakan Allah dan Rasulnya. Tak lupa juga daripada emas tercetaknya dinar dan daripada perak tercetaknya dirham. Dua matawang Islam yang perlu dikembalikan peranannya sebagai medium pertukaran seantero dunia.

5. A'la haazal qadar...atas apa yang dinukilkan semoga kita akan terus bersemangat waja dalam bisnes ini. Ingatlah juga...Hayya a'lal falah...selepas Hayya a'las solah. Jumpa lagi!!!

Monday, January 11, 2010

Emas melonjak 30%?

Salam ukhuwah buat semua sahabat-sahabat pecinta emas. Agak lama tak mengukir kata, may be awal-awal tahun ni biasalah agak sibuk dengan tugasan. Yang itu yang ini dan belbagai yang lagi...tup tup emas naik balik. Still la bicara pasai emas dan dinar ni...

1. Di saat nukilan ini tercatat harga emas USD1158/oz kira dah naik dalam USD21 berbanding pasaran ditutup pada 8.1.2010 sekitar USD1137/oz. Alhamdulillah laaa dah naik. Harap-harap harga akan terus ditutup tinggi setiap hari. Lagi pun sepanjang pemerhatian saya, bila harga emas jatuh atau statik...jual beli emas juga kembali lembab. Tengok sudah dalam bulan Disember 2009 yang lalu.

2. Ringkasan berita daripada PG Digest:

Itu sahaja yang dapat dikongsi kali ini. Semoga terus bersemangat waja. Sesiapa yang berminat untuk membeli emas boleh juga menghubungi saya.

Tuesday, January 5, 2010

Terkini dari PG Digest

Bermulanya tahun baru sedikit sebanyak akan merubah corak kehidupan kita. Termasuklah alfaaizy yang sedikit sibuklah dengan tugasan harian dan sebagainya. Okey...sedikit sebanyak info ringkas yang dapat dikongsi bersama sahabat emas...

1. Setelah harga emas sebulan yang lalu, kini harga emas kembali mendaki dengan baik sekali. Kelmarin sahaja mencatatkan kenaikan harga sebanyak USD24/Oz menjadikan harga emas USD1120/Oz. Ini berikutan kejatuhan kembali nilai dolar yang berterusan. Mungkinkah ini akan terus berlaku?...bagi sahabat emas sure lah biar dolar terus jatuh dan kita dapat lihat harga emas akan meletooop kembali.

2. CommodityOnline melaporkan perdagangan emas akan "boom" di Dubai dalam tahun 2010 ni. Fuh!!! Best la kalu macam tuh...Bukan setakat di Dubai, di Malaysia kita juga akan lebih meletup dengan bisnes emas ni.

3. Kuwait News Agency pula melaporkan kilang pengeluar emas pertama akan dibuka di Jabal as-Sokaty, Mesir sekitar bulan Februari ini. Menteri Minyak Mesir, Sameh Fahmy menyebut pengeluaran emas dalam tahun ini sekitar 200000 oz. al-maklumlah...sekarang harga emas melambung so pakat-pakat la gali kot keliling rumah kot-kot terjumpa ketoi emas!!! Hehehe...

jumpa lagi di lain siaran...alfaaizy mengundur diri

Thursday, December 31, 2009

Lagi Berita Hangat tentang Emas - PG Digest

Assalamualaikum...buat semua saudagar, pemilik, peminat, pembeli atau pemerhati emas dan dinar. Sedikit info tanggal 31 Disember 2009 yang boleh kita kongsi bersama di saat-saat akhir tirai 2009 diturunkan. Adalah diharapkan 2010 tahun yang lebih menarik buat peminat-peminat emas sedunia.

1. Emas terus menjadi aset terhangat dewasa ini dengan trend kenaikan harga berganda. Berdasarkan kenaikan mendadak emas sehingga USD1200/Oz dan berlegar sekitar USD1100/Oz pada Disember 2009, emas terus menjadi aset terhangat di Bandaraya Dubai. Bandaraya Dubai amat terkenal dengan jolokan "City of Gold" atau bandaraya emas. "Di sini ialah tempat pertemuan pelbagai bentuk emas sama ada daripada timur atau barat yang memberikan banyak pilihan kepada peminat emas"kata seorang saudagar. Seorang pelabur meramalkan harga emas akan naik sekitar USD1350/Oz pada suku pertama tahun 2010, boleh mencecah USD1800/Oz pada akhir tahun 2010 dan dijangka mencecah USD3000/Oz dalam tempoh 3 ke 5 tahun akan datang.

2. Menurut laporan CommodityOnline, logam kuning terus memberikan sinar keceriaan kepada Ghana dalam era abad ke-21 ini. Ghana, sebuah negara di barat Afrika bersedia mengeluarkan emas sebanyak 100000 oz setahun. Banyak syarikat daripada Australia, Kanada dan pelbagai negara lain berminat melabur di Ghana untuk mengeluarkan emas.

3. Daripada data World Gold Council (WGC), China menjadi negara pembeli emas terbesar dalam tahun 2009. China menambah simpanan emas sebanyak 454 tan metrik menjadikan jumlah simpanan emas di bank pusat sebanyak 1,054 tan metrik. Selain China, Russia dan India juga banyak membeli stok emas yang banyak tahun 2009.

4. China Economic Net melaporkan penduduk Beijing merebut peluang membeli emas sempena jualan promosi akhir tahun 2009. Penduduk Beijing bimbang keadaan inflasi akan bertambah buruk sekitar tahun 2010. Seorang konsultan ekonomi memberi pandangan; lebih selamat menyimpan emas dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ini.

Semoga coretan alfaaizy kali ini memberikan kita sedikit keinsafan tentang pesanan Nabi Muhammad SAW akan peri pentingnya simpanan emas dan dinar.

Tuesday, December 29, 2009

Buletin Emas Sedunia

28 Disember 2009
Sumber: Artikel Semasa Public Gold

1. CommodityOnline melaporkan negara India adalah pengimport terbesar emas dan perak. Ini menunjukkan negara India amat prihatin tentang keadaan ekonomi sedunia. Baru-baru ini, India telah membeli 200 tan metrik emas sebagai rizab simpanan negara.

2. Menurut laporan China Daily pula, rakyat China berebut-rebut untuk membeli emas sempena musim perayaan Krismas dan sambutan tahun bari 2010. Dalam berita yang lain ada menyebutkan, pemerintah negara China menggalakkan rakyatnya menyimpan 5% daripada pendapatan bulanan dalam simpanan emas.

3. Emas memberikan senyuman kepada bank-bank pusat sedunia kesan daripada kejatuhan nilai dolar US. Antara negara yang banyak membeli emas tahun ini ialah China, Russia dan India. Namun, ada juga negara-negara kecil yang mempunyai kesedaran merizab emas termasuklah Filipina, Kazakhstan, Sri Lanka, Belarus dan Mexico. Dolar USD yang sebelum ini menjadi penyimpan nilai banyak negara semakin jatuh kesan daripada bebanan hutang US dan trend inflasi yang semakin meningkat.

So, ayuh kita sama-sama mengorak langkah, mengubah fikrah, mencipta sejarah, tercetus an-najah dalam simpanan emas fizikal. Tak boleh mula banyak, mulakan dengan 1 dinar atau 20 gram. Nilai emas semakin naik, tak rugi simpanan kita dalam emas fizikal...jumpa lagi bersama alfaaizy.

Monday, December 28, 2009

Haram Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan Perak

Salamullah...sambil-sambil kita berbicara tentang emas dan dinar, hari ni alfaaizy ingin berkongsi maklumat tentang hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Manalah tahukan...dengan takdir Allah kita untung berniaga emas dan perak ni, kita kena ingat juga pasal hukum hakam agama yang memandu kehidupan kita.

Sumber rujukan:
Kitab Riyadh as-Solihin
Muka surat 524
Bab ke-364: Hukum Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan Perak
Terbitan Maktabah al-Mujallad al-Arabi

1. Kitab ini dikarang oleh Imam Nawawi yang mana beliau memetik daripada sabda-sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sahih dari segi sanad dan matannya.

2. Hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak adalah HARAM sama ada dengan tujuan untuk bekas makanan, minuman, bersuci dan sebarang tujuan yang lain.

3. Hukum ini bersandarkan hadith-hadith berikut:

  • Daripada Ummu Salamah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang minum di dalam bekas daripada perak maka dicampak ke dalam perutnya api neraka". (Muttafaqun alaih)
  • Daripada Huzaifah RA telah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami daripada memakai sutera kasar, sutera mahal dan minum di dalam bekas daripada emas dan perak. Baginda bersabda: "Sesungguhnya bekas itu bagi mereka (orang kafir) di dunia, dan bekas itu bagi kamu (orang mukmin) di akhirat". (Muttafaqun alaih)
  • Daripada Anas Bin Sirin telah berkata: Aku bersama Anas Bin Malik RA di kalangan beberapa orang Majusi (Kristian), kemudian dihidangkan faluzaj (sejenis manisan) di dalam bekas perak, beliau tidak memakannya, maka dikata kepadanya: tukarkanlah bekas, maka ditukarnya kepada bekas daripada kaca. Kemudian dihidangkannya dan beliau memakannya. (Riwayat al-Baihaqi dengan sanad Hasan)

4. Semoga titipan mutiara-mutiara indah daripada Rasulullah yang dinukilkan di sini dapat memberi manfaat yang baik untuk kita bersama...wassalam.

Friday, December 25, 2009

Emas & Dinar: Kita Dipermainkan Kuffar Lagi?

Salam bicara mengukir kata, terdetik di minda terungkap di skrin maya...alfaaizy bisa berbicara apabila tercurah idea...

1. Kalimah az-zahab adalah kalimah arab yang bermaksud emas. Dalam al-Quran terungkap beberapa kali menunjukkan emas mempunyai nilai yang tersendiri. Dari segi penciptaannya juga adalah suatu yang amat unik kerana ia adalah suatu logam yang tidak bersatu dengan unsur lain.

2. Sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniah, kuasa-kuasa kuffar telah menjalankan agenda menyesatkan dan menghancurkan Islam dan umatnya. Salah satu daripadanya ialah dengan memperkenalkan penggunaan wang kertas sebagai medium pertukaran. Sedangkan wang emas dan wang perak telah wujud sebelum kedatangan Islam. Kemudian Nabi Muhammad SAW memperakui akan nilai emas dan perak sebagai matawang.

3. Renungkan kembali, orang kafir ajar kita dan biasakan kita melihat angka yang banyak. Tak kiralah berapa angka yang kita ada atau yang tercetak di buku bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Berapa? RM10,000 @ RM100,000 @ 1,000,000. Huh!!! Banyaknya angka. Sehinggakan kita lupa walaupun banyak angka tapi tak sama dengan nilainya.

4. Saranan demi saranan, baik daripada Tun Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahupun pemimpin-pemimpin Islam yang lain amat menggalakkan penggunaan emas sebagai aset dan dinar sebagai medium pertukaran antara negara-negara Islam. Tapi apa yang terjadi? Alangkah baiknya negara Islam menggunakan dinar emas sebagai medium pertukaran. Secara tidak langsung, dapat menjalinkan kesepaduan umat Islam seantero dunia. Barulah barat akan gerun melihat kesepaduan yang sedia wujud.

5. Sedarkah kita, kuasa barat sentiasa mempermainkan kita dengan wang kertas. Simpanlah dalam Dolar, Pound atau apa matawang pun. Tetapi dalam diam, kuasa barat terus-terusan menyimpan emas sebagai aset negara sebagai jaminan kekuatan ekonomi negara masing-masing. Yang sedihnya, dalam ranking 10 negara penyimpan emas dunia terbanyak, tiada satu pun tersenarai negara Islam.

6. Daripada digest Public Gold bertarikh 21 Disember 2009 menyatakan Russia terus menambah aset simpanan emas. Selain itu, pemimpin negara mereka juga menggalakkan rakyatnya menyimpan dalam emas. Mari kita lihat negara penyimpan emas terbanyak di dunia sebagai CABARAN KITA BERSAMA.

Amerika Syarikat dengan 8133 tan simpanan emas.
German dengan 3412.6 tan simpanan emas.
IMF dengan 3217 tan simpanan emas.
Perancis dengan 2508 tan simpanan emas.
Itali dengan 2451.8 tan simpanan emas.
China dengan 1054 tan simpanan emas.
Switzerland dengan 1040 tan simpanan emas.
Russia dengan 612.74 tan selepas pembelian emas simpanan.
India dengan 557 tan selepas membeli emas 200 tan daripada IMF baru-baru ni.

MALAYSIA??? Bagaimana??? Daripada maklumat yang saya baca Tun Mahathir dan Tun Abdullah pun banyak menyimpan dalam emas sebagai aset simpanan. So, apa yang kita buat? Masih seronok melihat akaun kita banyak angka atau seronok apabila harga emas semakin naik? Anta fikirlah sendiri!!!