Thursday, December 31, 2009

Lagi Berita Hangat tentang Emas - PG Digest

Assalamualaikum...buat semua saudagar, pemilik, peminat, pembeli atau pemerhati emas dan dinar. Sedikit info tanggal 31 Disember 2009 yang boleh kita kongsi bersama di saat-saat akhir tirai 2009 diturunkan. Adalah diharapkan 2010 tahun yang lebih menarik buat peminat-peminat emas sedunia.

1. Emas terus menjadi aset terhangat dewasa ini dengan trend kenaikan harga berganda. Berdasarkan kenaikan mendadak emas sehingga USD1200/Oz dan berlegar sekitar USD1100/Oz pada Disember 2009, emas terus menjadi aset terhangat di Bandaraya Dubai. Bandaraya Dubai amat terkenal dengan jolokan "City of Gold" atau bandaraya emas. "Di sini ialah tempat pertemuan pelbagai bentuk emas sama ada daripada timur atau barat yang memberikan banyak pilihan kepada peminat emas"kata seorang saudagar. Seorang pelabur meramalkan harga emas akan naik sekitar USD1350/Oz pada suku pertama tahun 2010, boleh mencecah USD1800/Oz pada akhir tahun 2010 dan dijangka mencecah USD3000/Oz dalam tempoh 3 ke 5 tahun akan datang.

2. Menurut laporan CommodityOnline, logam kuning terus memberikan sinar keceriaan kepada Ghana dalam era abad ke-21 ini. Ghana, sebuah negara di barat Afrika bersedia mengeluarkan emas sebanyak 100000 oz setahun. Banyak syarikat daripada Australia, Kanada dan pelbagai negara lain berminat melabur di Ghana untuk mengeluarkan emas.

3. Daripada data World Gold Council (WGC), China menjadi negara pembeli emas terbesar dalam tahun 2009. China menambah simpanan emas sebanyak 454 tan metrik menjadikan jumlah simpanan emas di bank pusat sebanyak 1,054 tan metrik. Selain China, Russia dan India juga banyak membeli stok emas yang banyak tahun 2009.

4. China Economic Net melaporkan penduduk Beijing merebut peluang membeli emas sempena jualan promosi akhir tahun 2009. Penduduk Beijing bimbang keadaan inflasi akan bertambah buruk sekitar tahun 2010. Seorang konsultan ekonomi memberi pandangan; lebih selamat menyimpan emas dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ini.

Semoga coretan alfaaizy kali ini memberikan kita sedikit keinsafan tentang pesanan Nabi Muhammad SAW akan peri pentingnya simpanan emas dan dinar.

No comments:

Post a Comment