Friday, December 18, 2009

Emas dalam Proses Melonjak Harga

alfaaizy terus berbicara...

1. Harga emas telah melonjak setinggi USD1226/Oz pada tanggal 3-4 Disember 2009. Namun, selepas tarikh tersebut harga emas telah turun dengan mendadak sehingga USD1109/Oz. Dengan perbezaan yang amat ketara sebanyak USD117/OZ. Kalau ditukar pada RM sebanyak RM397.80.

2. Dengan perbezaan yang amat ketara ini, sedikit sebanyak telah merisaukan pelabur terutamanya pelabur baru. Namun, bagi pelabur yang telah establish pun boleh dikatakan agak risau.

3. Sehingga nukilan ini dicatatkan harganya masih tidak menentu. Seingat saya, kelmarin harga emas telah kembali melonjak setinggi USD1139/Oz. Sekali sekala mencecah USD1142/Oz. Tatkala hari ini harganya telah kembali menurun serendah USD1109/Oz.

4. Daripada pembacaan dan penelitian yang saya buat, emas akan melalui satu proses yang dinamakan correction price atau correction market sebelum harga emas kembali melonjak. Jadi, boleh kita simpulkan di sini emas still berada dalam tempoh tersebut. Lama mana tidak pasti.

5. Walaupun harga emas telah naik setinggi 37% sepanjang awal tahun. Namun, bermula awal Disember 2009 harga mulai menurun sedikit.

6. Ada yang berpendapat emas akan kembali melonjak selepas Krismas. Tapi sejauh mana rasionalnya belum dapat dipastikan lagi.

7. Ada juga yang berpendapat emas menurun disebabkan pengukuhan nilai Dolar AS disebabkan krisis yang berlaku di Dubai. Satu analisis daripada bacaan ekonomi sedunia. Mungkin ada kebenarannya.

8. Kebanyakan pakar-pakar emas meramalkan emas boleh mencecah USD2500/Oz. Tinggi tu. Ada yang meramalkan emas setinggi USD15000/Oz dan banyak lagi ramalan-ramalan yang dibuat. Tapi bagi penulis itu tidak mustahil berlaku. Kerana dalam keadaan ekonomi semasa yag tidak stabil di serata negara di dunia. Pengangguran yang meningkat. Peningkatan kadar inflasi yang kian meninggi dan pelbagai masalah yang di luar batasan akal manusia. Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya.

9. Apapun yang berlaku pada harga emas sama ada naik atau turun. Yang pastinya kita mestilah kembali menjadikan emas sebagai satu alternatif simpanan sebagai pelindung aset kita. Tak kisahlah dalam bentuk jongkong emas atau pun dinar.

10. Sekiranya kedapatan catatan yang saya buat ada kekurangan, bolehlah dimaklumkan pada saya. Ini hanya suatu catatan daripada seorang pelabur baru yang masih memerlukan banyak pengetahuan dan pengalaman.

Salam Maal Hijrah 1431 buat semua sahabat, saudagar, pelabur dan jutawan emas. Berusaha dan terus berjaya memartabatkan LOGAM MULIA & MATAWANG ISLAM.

No comments:

Post a Comment