Monday, December 28, 2009

Haram Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan Perak

Salamullah...sambil-sambil kita berbicara tentang emas dan dinar, hari ni alfaaizy ingin berkongsi maklumat tentang hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Manalah tahukan...dengan takdir Allah kita untung berniaga emas dan perak ni, kita kena ingat juga pasal hukum hakam agama yang memandu kehidupan kita.

Sumber rujukan:
Kitab Riyadh as-Solihin
Muka surat 524
Bab ke-364: Hukum Menggunakan Bekas yang Diperbuat daripada Emas dan Perak
Terbitan Maktabah al-Mujallad al-Arabi

1. Kitab ini dikarang oleh Imam Nawawi yang mana beliau memetik daripada sabda-sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sahih dari segi sanad dan matannya.

2. Hukum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak adalah HARAM sama ada dengan tujuan untuk bekas makanan, minuman, bersuci dan sebarang tujuan yang lain.

3. Hukum ini bersandarkan hadith-hadith berikut:
  • Daripada Ummu Salamah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang minum di dalam bekas daripada perak maka dicampak ke dalam perutnya api neraka". (Muttafaqun alaih)
  • Daripada Huzaifah RA telah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami daripada memakai sutera kasar, sutera mahal dan minum di dalam bekas daripada emas dan perak. Baginda bersabda: "Sesungguhnya bekas itu bagi mereka (orang kafir) di dunia, dan bekas itu bagi kamu (orang mukmin) di akhirat". (Muttafaqun alaih)
  • Daripada Anas Bin Sirin telah berkata: Aku bersama Anas Bin Malik RA di kalangan beberapa orang Majusi (Kristian), kemudian dihidangkan faluzaj (sejenis manisan) di dalam bekas perak, beliau tidak memakannya, maka dikata kepadanya: tukarkanlah bekas, maka ditukarnya kepada bekas daripada kaca. Kemudian dihidangkannya dan beliau memakannya. (Riwayat al-Baihaqi dengan sanad Hasan)

4. Semoga titipan mutiara-mutiara indah daripada Rasulullah yang dinukilkan di sini dapat memberi manfaat yang baik untuk kita bersama...wassalam.

No comments:

Post a Comment