Sunday, December 20, 2009

Bila Nak Mencecah USD2500/Oz?

Tinta alfaaizy terus mengukir bicara...

1. Persoalan yang sering bermain dalam fikiran kebanyakan pelabur-pelabur emas adalah bila harga emas nak naik lagi. Setelah 3 minggu berturut-turut harganya turun dengan mendadak.

2. Susah nak jawab soalan yang berada di luar akal fikiran kita. Ramalan sering kali mendatangi kita tetapi ianya bukanlah suatu pegangan yang kuat.

3. Ada yang berkata, "Alangkah baiknya harga emas naik dan terus naik seperti yang berlaku daripada bulan Oktober sehingga 4 Disember 2009. Emas naik dengan tak disangka-sangka.

4. Cuba bayangkan, harga emas pada 1 Januari 2009 baru bernilai USD869/Oz kemudian naik sehingga USD1226/Oz. Harga tertinggi setakat ini. Maka beruntunglah pelabur-pelabur yang telah tersedar daripada awal lagi.

5. Bagi pelabur-pelabur baru, jangan pula kata ini satu peleburan bukan pelaburan. Sebenarnya inilah yang dikatakan peluang yang datang. Sekiranya masih ada modal teruskan beli emas atau boleh belajar gadai ar-Rahnu untuk pusingan modal. Setahu saya, bagi pemilik emas tak akan rugi sama sekali sama ada beli emas masa tinggi atau rendah.

6. Dalam catatan jutawan emas En. Syukor Hasyim www.jutawanemas.com telah menyatakan banyak kebaikan menyimpan dalam emas fizikal. Secara tak langsung simpanan kita telah melalui proses pelaburan. Beliau seorang yang pakar dalam ilmu emas dan merupakan penyampai ilmu emas untuk kesedaran umat Islam.

7. Konklusi tinta saya kali ini, tingkatkan pengetahuan teruskan usaha dalam kerja-kerja kita bagi menyedarkan orang kita tentang EMAS DAN DINAR SEBAGAI PENYIMPAN NILAI YANG SEBENAR BUKANNYA RM DAN SEBAGAINYA.

No comments:

Post a Comment