Friday, December 25, 2009

Emas & Dinar: Kita Dipermainkan Kuffar Lagi?

Salam bicara mengukir kata, terdetik di minda terungkap di skrin maya...alfaaizy bisa berbicara apabila tercurah idea...

1. Kalimah az-zahab adalah kalimah arab yang bermaksud emas. Dalam al-Quran terungkap beberapa kali menunjukkan emas mempunyai nilai yang tersendiri. Dari segi penciptaannya juga adalah suatu yang amat unik kerana ia adalah suatu logam yang tidak bersatu dengan unsur lain.

2. Sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniah, kuasa-kuasa kuffar telah menjalankan agenda menyesatkan dan menghancurkan Islam dan umatnya. Salah satu daripadanya ialah dengan memperkenalkan penggunaan wang kertas sebagai medium pertukaran. Sedangkan wang emas dan wang perak telah wujud sebelum kedatangan Islam. Kemudian Nabi Muhammad SAW memperakui akan nilai emas dan perak sebagai matawang.

3. Renungkan kembali, orang kafir ajar kita dan biasakan kita melihat angka yang banyak. Tak kiralah berapa angka yang kita ada atau yang tercetak di buku bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Berapa? RM10,000 @ RM100,000 @ 1,000,000. Huh!!! Banyaknya angka. Sehinggakan kita lupa walaupun banyak angka tapi tak sama dengan nilainya.

4. Saranan demi saranan, baik daripada Tun Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahupun pemimpin-pemimpin Islam yang lain amat menggalakkan penggunaan emas sebagai aset dan dinar sebagai medium pertukaran antara negara-negara Islam. Tapi apa yang terjadi? Alangkah baiknya negara Islam menggunakan dinar emas sebagai medium pertukaran. Secara tidak langsung, dapat menjalinkan kesepaduan umat Islam seantero dunia. Barulah barat akan gerun melihat kesepaduan yang sedia wujud.

5. Sedarkah kita, kuasa barat sentiasa mempermainkan kita dengan wang kertas. Simpanlah dalam Dolar, Pound atau apa matawang pun. Tetapi dalam diam, kuasa barat terus-terusan menyimpan emas sebagai aset negara sebagai jaminan kekuatan ekonomi negara masing-masing. Yang sedihnya, dalam ranking 10 negara penyimpan emas dunia terbanyak, tiada satu pun tersenarai negara Islam.

6. Daripada digest Public Gold bertarikh 21 Disember 2009 menyatakan Russia terus menambah aset simpanan emas. Selain itu, pemimpin negara mereka juga menggalakkan rakyatnya menyimpan dalam emas. Mari kita lihat negara penyimpan emas terbanyak di dunia sebagai CABARAN KITA BERSAMA.

Amerika Syarikat dengan 8133 tan simpanan emas.
German dengan 3412.6 tan simpanan emas.
IMF dengan 3217 tan simpanan emas.
Perancis dengan 2508 tan simpanan emas.
Itali dengan 2451.8 tan simpanan emas.
China dengan 1054 tan simpanan emas.
Switzerland dengan 1040 tan simpanan emas.
Russia dengan 612.74 tan selepas pembelian emas simpanan.
India dengan 557 tan selepas membeli emas 200 tan daripada IMF baru-baru ni.

MALAYSIA??? Bagaimana??? Daripada maklumat yang saya baca Tun Mahathir dan Tun Abdullah pun banyak menyimpan dalam emas sebagai aset simpanan. So, apa yang kita buat? Masih seronok melihat akaun kita banyak angka atau seronok apabila harga emas semakin naik? Anta fikirlah sendiri!!!

No comments:

Post a Comment