Sunday, February 1, 2009

Syabas buat Toyib Erdogan!!! Bangun Dunia Islam

Nukilan: alfaaizy

Syabas dan tahniah khusus buat Perdana Menteri Turkey yang berani berdepan dan bersuara lantang mempertahankan hak-hak Islam, umat Islam dan kemanusiaan khusus buat Palestin. Kelantangan beliau membuatkan Presiden Israel terkedu dengan jawapan yang diberikan. Beliau seorang wira dunia Islam telah menyatakannya dalam forum ekonomi sedunia di Davos.

Dalam perkembangan yang lain, Peres menyalahkan HAMAS dalam peperangan tersebut. Namun beliau telah mempertahankan HAMAS bukan pertubuhan pengganas seperti yang dinyatakan Presiden negara haram Israel itu.

Sikap pengerusi forum tersebut yang berat sebelah memberikan hanya 10 minit berbanding Peres dengan 25 minit untuk berucap telah menyebabkan Erdogen mengambil langkah yang perlu dengan bangkit dan meninggalkan forum tersebut. Beliau juga menyatakan tidak akan datang lagi ke Davos. Syabas Erdogen. Hidupkan kembali kesinambungan Khilafat Islamiah. Nescaya dunia akan kembali aman. Bukan terus mengikut telunjuk Israel dan Amerika.

No comments:

Post a Comment